suria

Skandal Aliff Aziz mengaku berstatus PR, tapi bukan kerja GRO!

Mei Fina kecewa dituduh GRO

WANITA bergelar janda yang terpalit dengan kontroversi skandal penyanyi Aliff Aziz, Mei Fina menegaskan dia tidak melakukan pekerjaan terkutuk seperti yang tersebar di Internet, sebaliknya mempunyai kerjaya tetap sebagai seorang model.

Mei atau nama sebenarnya Meri Meifina berkata, tuduhan liar yang mendakwa dia bekerja pelayan pelanggan (GRO) telah mencalarkan nama keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aliff Aziz, insaflah jangan sampai orang azan kat telinga” - Janda mengaku pernah tanggung Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Aliff Aziz cium janda pula tersebar, katanya telefon bimbit hilang sebelum Ramadan

Foto-foto Mei dan Aliff Aziz yang tersebar di laman sosial.

"Selepas gambar mesra saya dan Aliff Aziz tersebar minggu lalu, wujud pula individu yang cuba menyimbah minyak ke api dengan memberikan kenyataan palsu kepada beberapa blog yang tidak beretika.

"Mereka mendakwa saya bekerja sebagai GRO dan akan mengikis wang lelaki hidung belang. Ia tuduhan yang sangat melampau, buktikan jika ia benar!," katanya kepada mStar.

Mereka mendakwa saya bekerja sebagai GRO dan akan mengikis wang lelaki hidung belang. Ia tuduhan yang sangat melampau, buktikan jika ia benar!

MEI FINA

Minggu lalu, kecoh apabila beberapa keping gambar mesra Aliff Aziz dan Mei tersebar di laman sosial.

Dalam temubual eksklusif bersama mStar, Mei menjelaskan dia mengenali Aliff sejak tahun lalu ketika penyanyi kelahiran Singapura itu sedang berhadapan isu rumah tangga bersama bekas isterinya, Bella Astilah.

Mei turut menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan berita palsu tersebut sehingga mengaibkan dia dan keluarga.

"Laporan palsu blog tersebut sudah mula disebarkan beberapa blog lain, mereka sekadar memuat naik kenyataan yang diberikan oleh individu yang cuba mendapatkan perhatian. Saya tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan jika ia berterusan.


Mei menjelaskan dia bekerja sebagai model sepenuh masa.

"Ada pula yang menfitnah saya hanya sekadar tinggal menumpang di hotel, sedangkan wartawan sendiri pernah datang ke kediaman saya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kerjaya saya sebagai model, malah keluarga yang kini tinggal di Pulau Pinang juga terkena tempias cacian daripada netizen," tambah Mei.

Dalam pada itu, mengulas tentang status warganegaranya yang dikatakan berasal dari Indonesia, Mei berkata dia kini sudah mendapat status permastautin tetap (PR) dan memiliki kad pengenalan berwarna merah.

Dia juga memberitahu sudah 16 tahun menetap di Malaysia dan keluarganya kini berada di Pulau Pinang.

mei fina, aliff aziz

Artikel Lain