KES curang membabitkan selebriti tempatan terus menjadi perhatian netizen apabila pelakon Ammar Alfian turut dituduh melakukan perkara sama kepada isterinya, Nelissa Nezam. Lebih menyayat hati apabila perkara itu diketahui ketika Nelissa sedang sarat mengandung enam bulan. "Ramadan tahun ini menguji saya dengan cara yang tidak dijangka. Saya dapat tahu suami yang dikahwini selama tiga tahun telah berlaku curang ketika saya sedang sarat mengandungkan anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: “Aliff Aziz, insaflah jangan sampai orang azan kat telinga” - Janda mengaku pernah tanggung Aliff Aziz ARTIKEL BERKAITAN: Aliff sering curang... Bella Astillah akhirnya diceraikan talak satu "Saya tidak pernah tahu saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Perkongsian Nelissa sebelum posting ini dipadam. “Tapi saya percaya bahawa semuanya berlaku dengan alasan dan Allah mempunyai rencana yang lebih baik untuk saya dan bayi dalam kandungan ini," katanya. Pendedahan ini dibuat Nelissa di Instagram pada Isnin. Bagaimanapun posting berkenaan dipadam selepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Menerusi posting di Instastory, Nelissa mendakwa emosi yang tidak stabil memaksa dia membuat pendedahan tersebut secara terbuka. “Saya bukan jenis nak kongsi kisah peribadi. Ia berlaku disebabkan rasa sakit dan marah. Luka ini masih terlalu baru dan emosi saya tidak stabil disebabkan sedang hamil. Nelissa akui isu ini telah melukakan hatinya. “Bagaimanapun, apa yang terjadi sudah terjadi. Sudah tentu ini waktu yang sukar buat saya dan keluarga. Saya hargai semua sokongan tapi saya rasa cara terbaik saya selesaikan secara privasi dan saya perlu fokus kehamilan saya. “Saya harap Ammar dan saya akan mampu untuk selesaikan masalah ini mengikut cara kami dan beri keutamaan untuk menjadi ibu bapa yang terbaik,” katanya. Nelissa dan Ammar, 32, mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 secara sembunyi tanpa sebarang publisiti kepada pihak media. Minggu lalu dunia hiburan kecoh selepas beberapa foto penyanyi Aliff Aziz berlaku curang tersebar sehingga membawa kepada perceraiannya dengan Bella Astillah.