SELEPAS berkongsi rasa rindu terhadap anak tersayang, penyanyi Aliff Aziz membayangkan pula hasrat untuk rujuk semula dengan bekas isteri, Bella Astillah. Aliff, 28, dalam satu perkongsian menerusi status di laman Twitter miliknya pada pagi Selasa mengharapkan Allah menyambung semula jodoh mungkin bersama Bella Astillah selepas hampir dua minggu bercerai. “Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya,” kata Aliff. ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Allah nak tunjukkan kepada saya…” - Aliff menangis, Bella nampak kuat! ARTIKEL BERKAITAN: Gadis seksi mengaku jumpa Aliff Aziz dalam 'private party' Perkongsian itu juga turut mendapat reaksi positif daripada peminat yang mengaminkan doa berkenaan. Namun, ada juga yang menyindir ‘jodoh’ yang dimaksudkan itu bersama wanita manakah pula kerana dia sering dikaitkan dengan beberapa episod curang dalam rumah tanggangnya. Aliff dan Bella, 25, bercerai dengan talak satu pada 16 Mei lalu. Pada waktu ini Bella perlu menjalani tempoh edah sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan. Dalam tempoh beredah ini, mana-mana pasangan bercerai boleh rujuk semula sama ada secara lafaz lisan atau perbuatan iaitu melakukan hubungan suami-isteri. Bella yang ditemui wartawan di luar makamah Syariah Kuala Lumpur selepas perceraiannya tidak menafikan masih ada perasaan sayang terhadap Aliff namun minta diberi ruang buat sementara waktu. Aliff sering dikaitkan dengan isu curang selepas beberapa kali kantoi keluar bersama wanita berbeza. Pada Jumaat lalu, Aliff berkongsi rasa rindu terhadap anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun dengan berkongsi gambar dia mencium permata hatinya itu.