PERLAKUAN curang membabitkan golongan selebriti nampaknya semakin menjadi-jadi apabila chef Fikree Aznan pula didakwa bermain kayu tiga bersama wanita berstatus isteri orang. Ketika umat Islam berada dalam minggu terakhir Ramadan, isteri Fikree sendiri iaitu Sharifah Zuriehan Ben Yahya berkata suaminya itu juga beberapa kali 'kantoi' berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang personaliti televisyen yang juga sudah mempunyai suami ketika dia sedang hamil anaknya, Jayden. "Patutlah Fikree cari salah Syarifah Zuriehan supaya awak dapat bersama dengan bini (isteri) orang. Tak apa, ini 10 malam terakhir puasa. "Allah tu maha besar. Dulu masa tengah hamil pun, gila sexting dengan pengacara dah ada laki (suami) juga. "Tak mengaku sampailah ada bukti. Kali ini bini orang anak tiga. Semoga Allah lindungi Jayden dan saya," tulis Zuriehan. Zuriehan meluahkan rasa sedih dengan tuduhan Fikree terhadapnya. Dakwaan curang membabitkan cef selebriti itu didedahkan Zuriehan menerusi dua posting di Instagram sejak Isnin malam. Bagaimanapun, Fikree ketika dihubungi mStar enggan mengulas lebih lanjut mengenai status pendedahan tersebut kerana mahu menjaga aib mereka sebagai pasangan suami-isteri. Namun Fikree meluahkan rasa terkilan dengan tindakan isterinya itu. "Saya tak ada penjelasan sebab peguam saya akan uruskan. Saya tak boleh nak cakap apa-apa. "Benda ini melibatkan aib saya, isteri dan anak. Cuma, terkilan jadi macam ni," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Zuriehan turut meluahkan rasa sedih dengan tuduhan Fikree mengatakan dia hanya mereka cerita dan menghalau suaminya keluar dari rumah. Pendedahan Zuriehan mengenai Fikree berlaku curang. Zuriehan juga meminta suaminya tidak memutar belit cerita kerana dia mempunyai bukti dan paparan skrin untuk ditunjukkan kepada umum. "Sedih apabila dapat mesej cakap saya buat cerita dan halau dia keluar rumah sebab tak balik, hakikatnya tiap-toap hari dengar bunyi pintu mesti pergi dekat langsir tengok dia balik ke tak. "Tolonglah janganlah putar-putar. Kalau Syarifah Zuriehan nak buka aib, macam-macam kes dan paparan skrin boleh tunjuk pada umum. "Dah buat taik lepas tu tuding jari cakap bini (isteri) ni yang jahat. Aib sendiri tak mahu jaga harapkan bini yang pendam dan teraniaya. Nak terkenal sangatkan, ambillah," ujarnya.