PENYANYI Mark Adam menerima kecaman apabila komen dan gurauannya terhadap pengacara Sherry Alhadad ketika konsert Big Stage malam Ahad dianggap keterlaluan dan mempersendakan fizikal wanita itu. Mark selaku juri jemputan pada program berkenaan memberi ulasan terhadap peserta program berkenaan iaitu Chaleeda Gilbert sebagai berpeluang besar turut mengaitkan bentuk badan Sherry. ARTIKEL BERKAITAN: “Orang akan terkejut tengok saya nanti” - Mark Adam ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Alhadad terusik tengok orang kahwin "This opportunity is big you see. Even the host is big (Peluang ini sangat besar, malah hos pun besar)" ujar Mark. Bagaimanapun, Alif Satar yang turut menjadi hos pada program itu menyelamatkan keadaan dengan berkata, rakan seperjuangannya itu berbakat besar. "Kamu betul, dia berbakat besar, bro" ujar Aliff. Sherry dilihat terkejut dengan kenyataan Mark Adam. Klip video berdurasi 28 saat itu menjadi tular dan menjadi perdebatan di laman sosial sehingga nama tiga selebriti ini menjadi trending di Twitter pada Isnin. Rata-rata netizen menganggap gurauan penyanyi lagu Si Katak itu tidak kelakar sebaliknya bersifat body shaming. "Saya tak faham mengapa kamu semua anggap Mark Adam sebagai kelakar? Dia tidak sepatutnya cakap begitu. "Kalau aku jadi Sherry dah baling dah mikrofon itu, hormatilah kami yang sasa (besar) ni ya. Bukan main Mark Adam ni," ujar netizen. Segelintir netizen pula memuji tindakan pantas Alif yang cuba meredakan keadaan selepas air muka Sherry kelihatan sedikit berubah. "Respek gila dekat Alif Satar sebab dia tak pernah body shaming badan Sherry walaupun selalu bekerjasama sebagai pasangan hos" ujar netizen. Mark kawan saya... Lagipun benda sama pernah jadi sebelum ini. SHERRY ALHADAD PENGACARA Sementara itu, Sherry Alhadad ketika dihubungi enggan mengulas isu berkenaan. Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 35, berkata, dia bagaimanapun menghormati Mark yang merupakan rakan industri yang sudah lama dikenalinya. "Kalau boleh saya tak mahu mengulas mengenai perkara ini sebab saya taknak ia menjadi besar. "Mark adalah kawan saya... Lagipun benda sama pernah jadi sebelum ini. Jadi saya tak mahu cakap apa-apa mengenainya. "Orang-orang dalam industri mereka semua adalah kawan saya. Jadi saya menghormati mereka," ujarnya. Program Big Stage musim kedua bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad.