suria

Keji watak Wan Maimunah, Aliff Syukri dan Sajat hanya ikut skrip - “Saya mohon maaf dan janji tak buat lagi”

Tindakan Aliff dan Sajat seakan mempermainkan nama Wan Maimunah menyinggung perasaan aktres tersebut.

USAHAWAN komestik Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf kepada Wan Maimunah kerana keterlanjurannya secara tidak sengaja mempersendakan nama pelakon veteran tersebut.

Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 32, dia hanya mengikut skrip yang diberikan sebuah blog dan tidak menyangka tindakannya dengan rakan ahli perniagaan Sajat itu telah menyinggung perasaan Wan Maimunah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri pergi haji, suami pula sibuk buat lagu maksiat” - Netizen jadi 'bitter' tanya kenapa Aliff Syukri tak ikut sekali

"Saya ingin memohon maaf kepada ibu Wan Maimunah. Sebenarnya, saya hanya mengikut skrip dan content yang diberikan sebuah blog yang membayar saya untuk ditemu bual.

Aliff mengakui salah dia tidak menjaga sensitiviti Wan Maimunah.

"Tapi saya tak salahkan blog tersebut cuma tak sangka video itu menjadi viral. Bagaimanapun, saya dan Sajat sudah pun memadam video tersebut.

"Sejujurnya saya tak sangka benda ini menyentuh sensiviti Wan Maimunah. Saya mengaku salah saya sendiri. Saya mohon maaf dan janji tidak akan buat lagi," kata Aliff kepada mStar.

Aliff ditemui ketika sidang media pelancaran lagu duet dia bersama penyanyi Indonesia, Upiak berjudul Cowok Baru di Wisma Dherb Holding, Kota Damansara, pada Rabu.

Menerusi video yang dimuat naik, Aliff meminta Sajat untuk memilih watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.

Saya mengaku salah saya sendiri. Saya mohon maaf dan janji tidak akan buat lagi.

Aliff Syukri

Usahawan dan penyanyi

Sajat kemudian dengan pantas mempersoalkan pertanyaan Aliff dengan mengatakan watak itu keji dan tidak sesuai dengan rupa parasnya yang dianggap seperti Ratu Cantik.

Kenyataan pengasas produk komestik itu telah mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya menganggap Sajat dan Aliff tidak sepatutnya mempersendakan pelakon lagenda tanah air itu.

Bagaimanapun, Aliff mahupun Sajat mengambil langkah berdiam diri dan hanya memadam video tersebut selepas menerima kecaman daripada netizen.

Menerusi akaun Instagram yang menggunakan nama Ibu_maimunah mengatakan dia berasa sedih dan terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik tersebut.

Status luahan yang dimuat naik individu yang menyamar menjadi Wan Maimunah menggunakan akaun palsu.

Dalam pada itu, Wan Maimunah atau Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 62, ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak mempunyai sebarang akaun Instagram seperti yang didakwa.

"Sebenarnya itu bukan akaun IG saya. Dah beberapa kali saya beritahu yang saya tidak mempunyai sebagai akaun laman sosial," katanya.

Namun menerusi pemeriksaan, akaun IG yang menggunakan nama pelakon drama terkenal itu sudah tiada dan berkemungkinan individu tidak bertanggungjawab telah memadam akaun tersebut.

Artikel Lain