suria

Seorang wanita terpaksa bayar ganti rugi panggil anak Jasmin Hamid bapuk

Individu yang menghina anak angkat Jasmin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada sidang media yang diadakan pada Khamis.

GARA-GARA menulis hantaran dengan mendakwa anak angkat pelakon Jasmin Hamid iaitu Rohhana berwajah umpama bapuk, seorang wanita menerima padah apabila terpaksa membayar ganti rugi terhadap perbuatan buruknya itu.

Perkara itu dijelaskan oleh peguam Nasser Yusof, mewakili Jasmin yang antara lain turut menuntut individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media serta secara lisan di akhbar dan menarik semula tohmahan yang dilemparkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya akan sekat dan ambil tindakan!” - Jasmin Hamid beri amaran pada netizen kutuk wajah anaknya macam maknyah

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak kutuk orang hidup tak lengkap agaknya?” - Jasmin Hamid dedah anak pernah dihina, kini badan sado

Nasser berkata, masalah itu berjaya diselesaikan di luar mahkamah dengan syarat dan terma tertentu selepas saman sivil dikeluarkan terhadapnya selain dia juga mengakui kesilapan dibuat.

Kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

“Dalam kes ini, ia diselesaikan di luar mahkamah secara baik melalui beberapa proses rundingan berdasarkan terma-terma yang dipersetujui. Individu tersebut juga telah mengaku kesalahannya.

“Dia bersetuju dengan tuntutan permohonan maaf secara terbuka, secara lisan di surat khabar, menarik semula tohmahan dan membayar ganti rugi atas perbincangan bersama,” ujarnya. 

Nasser dan Jasmin, 45, ditemui di Cafe Finas, Petaling Jaya, berhubung kes saman fitnah terhadap seorang netizen.

Sebelum ini, Jasmin pernah memuat naik paparan skrin komen individu tersebut yang sering mengutuk wajah anak angkatnya yang turut mesra dengan panggilan Cicik, berusia 32 tahun.

Individu berkenaan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kata Jasmin, dia bertindak untuk mengemukakan tuntutan saman disebabkan perkataan bapuk yang digunakan individu tersebut terhadap anaknya.

“Saya failkan saman sebab individu tersebut berulang kali mengelarkan anak saya ‘bapok’ (ejaan sebenar ialah bapuk), jadi perkataan itu yang membuatkan saya mahu ambil tindakan undang-undang.

“Disebabkan perkataan itu juga, kehidupan anak saya menjadi terganggu dan dia menerima tohmahan daripada orang luar juga. Dia sangat terkesan dengan komen tersebut.

Walaupun keadaan fizikal anak saya macam mana sekalipun, tiada siapa berhak untuk mencela fizikal orang lain.

JASMIN HAMID

Pelakon

“Walaupun keadaan fizikal anak saya macam mana sekalipun, tiada siapa berhak untuk mencela fizikal orang lain,” katanya.

Dalam pada itu Jasmin turut mendedahkan dia turut membuat tuntutan saman sivil terhadap dua individu lain yang meninggalkan fitnah sama pada anaknya di laman sosial.

Rohhana yang bekerja di sebuah klinik dijadikan sebagai anak angkat sejak Jasmin berusia 20 tahun lagi.

Selain Rohhana, Jasmin juga mempunyai seorang anak angkat lain bernama Lukhman Hakim, 25, dan anak kandung, Ian Haziq, 18, yang kini mengikut jejak langkahnya dalam bidang lakonan.

Sementara itu, individu tersebut iaitu Izzatul Hairiyah Abdullah yang turut hadir dalam sidang media berkenaan meminta maaf atas perbuatannya melemparkan tomahan terhadap Rohhana.

Jasmin Hamid, bapuk

Artikel Lain