KEMUNCULAN penyanyi Siti Sarah yang baharu berjinak-jinak untuk menggunakan Twitter nampaknya disambut negatif oleh sebilangan pengguna laman sosial itu. Terkejut dengan 'budaya cakap lepas' yang diamalkan oleh segelintir warga Twitter, Siti Sarah berkata dia hairan mengapa golongan netizen sanggup meninggalkan komen negatif seolah-olah tidak sensitif dengan perasaan orang lain. Malah isteri kepada pelawak dan penyampai radio Shuib ini turut mengakui komen negatif yang ditinggalkan netizen di media sosial cukup memberi kesan kepadanya lebih-lebih lagi apabila dia menghadapi masalah kebimbangan melampau (anxiety). ARTIKEL BERKAITAN: “Jujur dikata dayus, yang menipu pula berani” - Siti Sarah pelik suami dituduh dayus kerana minta izin beli motor ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah minta netizen sekat IG jika meluat “Jangan biarkan diri sendiri terseksa tengok orang lain” "Astagfirulahhalazim... baru buka Twitter dapat serangan yang macam ni? "Dia orang ni tak faham ke saya ada anxiety? Sedih dengan segelintir orang yang macam ni... yang nak serang isteri, anak orang. Antara posting yang dimuat naik Siti Sarah di laman Instagram. "Tak apa lah, saya doakan agar anda berdua dimurahkan rezeki supaya segala hajat anda dapat, insyaAllah. "Saya doakan juga moga anda diberi kebahagiaan supaya senang dengan kebahagiaan orang lain, dibukakan pintu rahmat buat kalian sekeluarga," tulisnya. Terdahulu, beberapa individu dilihat melakukan serangan dengan menyifatkan selebriti sebagai punca fenomena hobi motosikal jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ menjadi perhatian pihak berkuasa. Dia orang ni tak faham ke saya ada anxiety? Sedih dengan segelintir orang yang macam ni... yang nak serang isteri, anak orang. SITI SARAH Penyanyi "Hai isteri kepada fenomena Ysuku Malaya. "Lebih tepat, punca kepada Ysuku jadi wanted. "Ya, sebab artis duit tak habis pun main hobi bikin Ysuku," tulis netizen.