suria

“Kenapa tuduh saya?” - Raja Ilya nafi minta ‘sponsor’ bulan madu, siap nak token RM1,000

Majlis persandingan Raja Ilya telan kos RM10 juta.

SELEPAS hampir dua bulan namanya dikaitkan dengan dakwaan meminta tajaan penuh pakej bulan madu berserta bayaran tambahan, pelakon Raja Ilya akhirnya tampil menjelaskan mengenai kontroversi tersebut.

Terkejut dengan dakwaan itu, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad menegaskan dia tidak tahu-menahu kerana sudah mempunyai penaja untuk pakej bulan madunya di Langkawi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak masuk akal! Pelakon wanita didakwa minta tajaan bulan madu beserta duit bayar jurusolek

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya dedah wajah suami selepas tiga hari berkahwin

“Saya tidak berapa pasti kenapa ada netizen yang tuduh saya adalah 'pelakon' tersebut. Apa yang saya tahu perkara itu kecoh seketika dan kemudian senyap begitu sahaja.

Majlis persandingan Raja Ilya telan kos RM10 juta.

“Setahu saya untuk bulan madu, saya hanya mendapat tajaan hotel di Langkawi.

“Saya tidak ada kena mengena dengan isu pakej bulan madu yang dimaksudkan itu, tak profesionalnya individu tersebut,” kata Ilya kepada mStar.

Pelakon filem Soulmate Hingga Jannah ini ditemui semasa majlis resepsi dengan suami, Trent Garrett, 38, di Shah Alam pada Khamis.

Pasangan ini bernikah pada 23 Disember lalu dengan dihadiri keluarga terdekat di Perth, Australia.

Pasangan Raja Ilya dan Trent Garrett mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2018.

Akhir Julai lalu tular dakwaan yang mengaitkan Raja Ilya, 34, sebagai individu yang menghubungi sebuah syarikat ejen pelancongan tempatan bagi mendapatkan tajaan penuh pakej bulan madu.

Menguatkan dakwaan apabila surat yang dikongsikan pemilik syarikat berkenaan di media sosial menyatakan bahawa majlis perkahwinan pelakon itu akan diadakan pada September.

Lebih mengundang kemarahan netizen apabila pelakon berkenaan turut meminta bayaran RM1,000 bagi tujuan promosi syarikat pelancongan di platform media sosialnya.

Raja Ilya

Artikel Lain