suria

Uqasha, Rebecca jadi mangsa batu api? Selebriti wanita dituduh sebar fitnah - “Kenapa tak tenang tengok saya bahagia?”

Uqasha dituduh cuba menggoda suami Rebecca.

TIADA angin tiada ribut, nama pelakon sensasi Uqasha Senrose tiba-tiba terpalit atas dakwaan kononnya dia cuba menggoda suami kepada aktres Rebecca Nur Al-Islam.

Ceritanya bermula apabila Rebecca dituduh memukul canang kepada beberapa pihak kononnya suami dia digoda.

Kisah itu dikatakan sampai ke pengetahuan seorang pelakon wanita yang kini aktif menjayakan sebuah iklan di televisyen dan wanita tersebut bertindak menyampaikannya kepada Uqasha.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha sedih Nelydia dah kahwin, kenang peristiwa kena marah bulan puasa

Terkejut dengan tuduhan itu yang dianggap fitnah, maka Uqasha bertindak bertanyakan sendiri maklumat yang didengarnya kepada Rebecca seperti yang dikongsikan aktres tersebut di Instastory.

Menerusi paparan perbualan di aplikasi WhatsApp, Rebecca dilihat seakan-akan terpinga-pinga dengan pertanyaan Uqasha selain menafikan semua tuduhan yang disebarkan selebriti terbabit.

Malah Rebecca memberi amaran kepada selebriti tersebut yang juga isteri kepada seorang ahli perniagaan untuk berhenti menyebarkan fitnah terhadapnya.

Antara status dan bukti WhatsApp yang dimuat naik Rebecca.

"Hari ini (Rabu) pada pukul 4.08 petang tadi saya dapat WhatsApp daripada adik angkat yang saya selalu beri nasihat dan dianggap seperti adik sendiri.

"Saya terkejut dengan WhatsApp ini, Ya Allah... Kamu fitnah saya lagi? Kamu tak berhenti? Kamu tak penat? Kamu tak takut ke dengan fitnah yang kamu berikan pada saya?

"Jangan risau, saya dah tak ada kawan, itu yang awak nak kan? Berhentilah fitnah saya! Berhentilah busukkan nama saya dekat semua orang, awak tak takut mati ke?

"Semua orang yang baik dengan saya, awak sanggup WhatsApp dan jumpa mereka untuk burukkan saya! Awak fitnah saya," kata Rebecca.

Kenapa awak tak boleh dan masih tak tenang tengok kebahagiaan saya?

REBECCA

PELAKON

Rebecca berkongsi kekesalannya itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Sementara itu hasil semakan di Instagram selebriti wanita selaku pihak ketiga itu, dia berkongsi status hukum memfitnah daripada status rakannya.

Tempoh masa luahan Rebecca dan selebriti wanita itu di Instagram juga hampir sama.

Dalam pada itu, Rebecca memberitahu dia tidak kisah sekiranya individu berkenaan mahu mengajak orang ramai untuk menjauhinya namun tidak perlu mencetuskan pergaduhan dengan pihak lain.

Rebecca bersama keluarganya.

"Kesabaran ada tahapnya, Allahhuakbar... tak suka saya, tak apa. Hasut semua orang untuk tak berkawan dengan saya pun tak apa, tapi janganlah fitnah dan nak lagakan saya dengan orang lain.

"Saya tak suka gaduh-gaduh, saya tak suka benda negatif. Kenapa awak tak boleh dan masih tak tenang tengok kebahagiaan saya?

"Kenapa nak lagakan saya dengan semua orang? Saya tiap-tiap hari doa yang baik-baik untuk awak, walaupun saya tahu awak fitnah saya macam-macam sebab saya percaya kepada Allah," katanya.

Artikel Lain