suria

“Kalau ini pun dia tipu, entah apa lagi benda lain” - Nad Zainal terkejut foto muncul di 'timeline' sendiri, jadi testimoni produk kecantikan

Nad berharap pihak produk tersebut memberi penjelasan mengenai penggunaan foto dan kenyataannya dalam mempromosikan barang mereka.

PELAKON Nad Zainal terkejut apabila menyedari terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajahnya sebagai promosi dan iklan sebuah produk penjagaan kulit. 

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 29, juga memberi amaran kepada akaun laman sosial syarikat tersebut untuk tidak mengeluarkan iklan palsu untuk mempengaruhi pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pernah beri pisang tetapi ‘benda’ itu tak nak” - Nad Zainal kongsi pengalaman 'buka panggung' sebelum teater Mak Yong

"Amaran, jangan buat iklan palsu. Malam ini saya ternampak iklan ini melintas di FB saya. Terkejut betul, dia guna gambar dan kenyataan saya untuk promo produk dia!

Nad berang dengan tindakan sebuah produk penjagaan kulit menggunakan foto dan kenyataannya.

"Ramai pula tu DM dia nak beli! Memalukan dan menipu pelanggan. Harap ada kenyataan rasmi berkenaan ini. (Tak pernah dengar produk ni, kepada yang dah beli tu, hati-hati lah ya).

"Kalau ini pun dia tipu, apa entah lagi benda lain," tulis Nad menerusi laman Instagramnya.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 turut memuat naik paparan skrin mesej dia meminta penjelasan di akaun Instagram produk itu, namun pihak tersebut telah menyekat akaun instagramnya.

Rata-rata netizen meminta Nad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap produk tersebut supaya dapat memberi pengajaran kepada yang lain.

Dalam pada itu, Nad menganggap tindakan tidak bertanggungjawab pihak tersebut memberikan publisiti buruk terhadap produk kecantikan Audela keluarannya.

Nad Zainal minta agen atau stokis promosi dengan cara betul.

Nad juga berharap semua pengasas produk menasihati agen atau stokis mereka agar mempromosikan sesuatu barang mengikut cara yang betul.

"Publisiti yang buruk, tetap publisiti tapi bagi saya, yang buruk itu boleh membuatkan orang tak akan percaya pada produk kita.

"Apa-apa pun nak buat, silalah nasihat agen dan stokis anda untuk melakukan promosi secara betul, tak nak la ada pergaduhan dalam industri sebabnya kita sama-sama nak cari makan.

"Jadi, jangan gunakan testimoni orang lain untuk promo produk anda. Bukan produk tempatan saja tapi luar negara pun ambil testimoni orang lain. Masalahnya kantoi pula tu," ujarnya.

Nad Zainal

Artikel Lain