suria

PU Abu dibelasah samseng? Foto kesan calar, luka di tangan bikin netizen bimbang

Kesan calar dan luka jelas kelihatan pada kedua-dua tangan PU Abu.

“YA ALLAH! Sampai macam tu sekali korang benci dia?” demikian reaksi netizen selepas melihat kesan calar pada kedua-dua belah tangan pencetus ummah (PU) Abu Sufyan.

Netizen tertanya-tanya berhubung punca sebenarnya kesan luka di tangannya itu berdasarkan sebuah foto yang dikongsikannya di Instagram pada Selasa.

Tanpa menyatakan dengan jelas, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi meluahkan rasa syukur sungguhpun terus menerima ujian daripada Allah.

Menerusi kapsyen, PU Abu memberi gambaran seolah-olah kesan calar dan luka itu berlaku selepas dia didatangi beberapa individu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh talak 2... PU Abu dan isteri sah cerai selepas mereka patah balik ke mahkamah kemukakan bukti

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah mohon maaf banyak buat salah ketika awak dalam kandungan” - PU Abu timang anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu tak kahwin lari, nikah dengan Hana secara sah di Malaysia

“Alhamdulillah, aku diuji lagi. Aku bersyukur kerana tidak ada apa-apa yang berlaku hanya sekadar calar balar di tangan.

“Empat lima orang bilangan yang tak cukup untuk menumbangkan aku sebab aku yakin Allah sentiasa ada dengan aku.

Antara komen netizen yang tertanya-tanya mengenai status gambar yang dimuat naik PU Abu.

“Allah sebaik-baik pelindung. Ujian didik jiwa kita untuk lebih kuat. Kuncinya hanya satu iaitu sabar,” katanya.

Rata-rata netizen di laman sosial meluahkan rasa simpati dan ingin tahu malah pelbagai spekulasi dibuat termasuk kemungkinan dia dipukul atau terlibat dalam pergaduhan.

“Bertabahlah, kuatkan semangat. Setiap orang ada dugaan tersendiri. Harap ustaz Abu kuat dan kekal yakin hadapi ujian mendatang.

“Kenapa pula tu Abu? Ada orang pukul Abu ke?

“Ya Allah... Takkan sampai macam tu sekali korang benci? Sampai buat dia macam ni. Ingat, dia cari rezeki untuk keluarga. Aku bukan back up, tapi fikir balik kita pun tak sempurna.

“Aku doakan orang yang buat kat kau dapat balasan dan aku doakan kau berubah jadi yang lebih baik,” tulis netizen di Instagram.

Pendakwah bebas ini pernah mendapat perhatian netizen sekitar April lalu selepas kisah perceraiannya dengan bekas isteri, Ain 'Afini Latif dihebahkan di laman sosial.

Kontroversi melibatkan PU Abu terus berpanjangan apabila muncul seorang wanita dikenali sebagai Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir yang didakwa sebagai orang ketiga disebalik penceraiannya dengan Ain 'Afini.

PU Abu akhirnya mengesahkan mengahwini Hana Azraa pada awal Mei lalu.

Dia mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan dengan Ain 'Afini iaitu Muhammad Adam Aysar yang dilahirkan pada 7 Jun lalu.

PU Abu, Ain 'Afini, Hana Azraa

Artikel Lain