suria

“Ceraikanlah secara budiman” - Lufya rayu suami jadi lelaki bertanggungjawab, mengaku tak terima mesej cerai

Lufya berharap Dr Che Hafiz tampil menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara profesional.

KONFLIK rumah tangga Lufya menjadi semakin rumit apabila pelakon itu berkata dia tidak menerima sebarang mesej perceraiaan daripada suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Pengakuan itu sekaligus menolak kenyataan pengamal perubatan itu yang memaklumkan kepada media bahawa dia sudah menceraikan Lufya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu.

Bagaimanapun menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, dia reda sekiranya perpisahan menjadi penyelesaian terakhir buat mereka.'

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya akhirnya diceraikan melalui ‘WhatsApp’, bekas suami harap tak timbul spekulasi lain

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya dakwa tak bahagia, jadi mangsa aniaya suami... “Aku pernah sakit, aku kemurungan”

“Sebenarnya saya tak terima sebarang surat atau dokumen berkaitan cerai dan tiada lafaz cerai melalui WhatsApp seperti yang didakwanya.

Lufya pernah memaklumkan dia tidak bahagia dengan perkahwinannya bersama Dr Che Hafiz.

“Saya masih menunggu dia memfailkan perceraian kami secara sah,” kata Lufya kepada mStar.

Tegas Lufya, dia berharap agar Dr Che Hafiz, 29, tampil menyelesaikan isu rumah tangga mereka secara profesional mengikut undang-undang.

“Bagi saya kalau benar inginkan jalan penyelesaian ini, ceraikanlah secara budiman melalui cara yang betul,” kata Lufya lagi.

Lufya tampil mengulas mengenai kenyataan Dr Che Hafiz yang memberitahu dia bukan lagi suami kepada aktres itu kerana sudah membuat lafaz cerai melalui WhatsApp pada minggu lalu.

Menurut Dr Che Hafiz, dia enggan mendedahkan punca perpisahan itu memandangkan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum selain perlu menjaga hati banyak pihak.

Pasangan ini mempunyai seorang anak bernama Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Kontroversi rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat netizen apabila Lufya mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga di laman Instagram pada Jumaat lalu.

Lufya juga mendakwa suaminya itu telah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai 'tidak terjangkau dek fikiran' terhadap dirinya.

Perkongsian itu dibuat berikutan sudah tidak mampu menahan perasaan kecewa terhadap suaminya yang mengabaikan haknya sebagai seorang isteri selepas tiga bulan berkahwin.

Bagaimanapun Lufya mengambil keputusan memadam perkongsiannya itu bagi mengelakkan fitnah berpanjangan terhadap mereka berdua.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Lufya, Dr Che Hafiz

Artikel Lain