suria

Adira tukar fikiran? Mungkin tarik balik permohonan cerai terhadap Datuk Red demi anak-anak

Datuk Red menunjukkan paparan skrin perbualan menggambarkan kemungkinan Adira menarik balik permohonan cerai.

NAMPAKNYA masalah rumah tangga penyanyi Adira dapat dipulihkan apabila suaminya, Datuk Seri Adnan Abu memberi gambaran hubungan mereka bakal baik seperti sedia kala.

Menerusi Instastory, Datuk Seri Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red berkongsi paparan skrin perbualan seorang wanita dikenali sebagai Fira memberitahu bahawa Adira berkemungkinan menarik balik permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

"Alhamdulillah... Adira nak tarik balik perceraian itu, Adira rasa untuk anak-anak, Adira tak nak bercerai. Terima kasih Fira," tulis pada paparan skrin perbualan Whatsapp tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tetap teruskan perceraian ini” - Adira tegas mahu berpisah, guna kaedah hakam tuntut diceraikan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya beranak bukan untuk beri pada orang” - Adira akan pertahankan hak penjagaan anak jika teruskan perceraian

Mesej tersebut dipercayai merupakan sebahagian teks perbualan antara Adira dan wanita yang tidak dapat dikenalpasti identitinya.

Usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripada Adnan tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar gagal diterima.

Teks perbualan Whatsapp yang ditunjukkan Datuk Red di laman Instagram.

Pada Khamis lalu, mStar melaporkan Adira memberitahu dia masih menghormati Adnan kerana mereka masih suami isteri yang sah.

Malah, dia berpendapat sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana proses perceraian itu sedang berlangsung.

Apapun saya tetap dengan pendirian dan saya tak mahu bergaduh. Sebab itu saya tidak memilih untuk membuka apa-apa cerita.

ADIRA

Penyanyi

"Mengenai hal itu saya tak boleh nak cakap banyak kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dan benda pun masih dalam proses.

"Yang pasti, saya tak pernah menghalang dia daripada berjumpa anak-anak. Lagipun dia masih lagi suami, jadi tak semestinya apabila nak bercerai, saya tak hormat dia.

Adira masih menghormati Datuk Red sebagai suami.

"Apapun saya tetap dengan pendirian dan saya tak mahu bergaduh. Sebab itu saya tidak memilih untuk membuka apa-apa cerita. Harap semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Adira sebelum ini memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding pelantikan pegawai mahkamah itu sepatutnya berlangsung pada 9 Oktober lalu namun ditangguhkan.

Susulan itu mahkamah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Adira, Datuk Red

Artikel Lain