suria

Zul Ariffin tutup Instagram kerana video lucah? - “Dia cuma berehat seketika dari media sosial”

Zul Ariffin menutup Instagram kerana mahu berehat daripada media sosial.

KEHILANGAN akaun Instagram pelakon Zul Ariffin mengundang persoalan dan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Ia dipercayai dinyahaktif oleh aktor tersebut pada Selalu lalu setelah tersebarnya rakaman video lucah didakwa mirip Zul Ariffin di laman Twitter.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik kelab peminat Zul Ariffin Fan Club (ZAFC) memberitahu akaun Instagram tersebut tidak digodam oleh mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Video lucah mirip pelakon ‘sado’ Zul Ariffin tersebar, akaun Instagram pula ditutup?

Sebaliknya, pelakon drama Setelah Ku Dimiliki mengambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan laman sosial buat sementara waktu.

"Hi semua... kami menerima banyak mesej peribadi (DM) bertanya tentang akaun media sosial boss (Zul Ariffin). Jangan terkejut, akaun dia selamat!

Kenyataan dari Instagram rasmi kelab peminat Zul Ariffin.

"Dia cuma berehat seketika dari media sosial, ayuh kirimkan sokongan kita kepadanya, ucapkan yang baik-baik dan semoga dia dapat rehat yang cukup.

"Jika ada sebarang urusan penting, boleh hubungi kami atau pengurusnya. Terima kasih," tulis pengendali akaun peminat tersebut.

Pada pagi Rabu, kecoh rakaman video berdurasi 45 saat memperlihatkan seorang lelaki didakwa mirip Zul Ariffin berada dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum mula menunjukkan alat sulitnya.

Lelaki berkenaan yang kelihatan seperti berada di sebuah bilik hotel itu seolah-olah sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video.

Pada April tahun lalu, turut tersebar sekeping foto lucah yang dikatakan di muat naik oleh Zul Ariffin di media sosial.

Bagaimanapun, peminat berpendapat gambar tersebut telah disunting oleh individu tidak bertanggungjawab.

Zul Ariffin, Instagram

Artikel Lain