suria

Isteri arwah Pitt Hanif terima komen lucah, Syafie Naswip buru pemilik akaun Facebook Kambing Kacak - “Mohon kuasa viral anda bantu mereka”

Syafie minta tolong netizen mencari individu disebalik akaun Facebook Kambing Kacak yang menghina keluarga arwah Pitt.

PELAKON Syafie Naswip meminta pertolongan netizen bagi memburu dalang di sebalik akaun Facebook bernama Kambing Kacak.

Menurut Syafie, 27, individu tersebut sering menghantar komen berbaur lucah dan menghina Allahyarham pengarah Pitt Hanif atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohd Hanif  dan keluarga di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima hari pemergian Pitt Hanif, Fauziah Nawi reda - “Pitt memang berpakat dengan arwah baba tinggalkan mama”

Katanya lagi, biarpun sudah membuat laporan polis namun sehingga kini masih belum ada maklum balas mengenainya.

Isteri arwah Pitt turut memuat naik paparan skrin komen biadab individu tersebut.

"Macam mana nak trace siapa pemilik Facebook Kambing Kacak berlagak hebat ini.

"Sebab daripada hari pertama arwah abang Pitt meninggal, dia selalu meninggalkan komen berunsur lucah, menghina dan mengherdik keluarga arwah serta ibu kandung arwah.

"Laporan polis sudah dibuat tetapi tiada maklum balas.

"Jadi mohon kuasa viral anda membantu keluarga arwah mencari siapa owner di sebalik kehebatan Kambing Kacak ini," katanya.

Macam mana nak trace siapa pemilik Facebook Kambing Kacak berlagak hebat ini.

SYAFIE NASWIP

PELAKON

Pelakon drama 4 Penjuru itu turut memuat naik paparan skrin komen biadab individu tersebut di Instagram.

Sebelum ini, kali pertama isteri arwah iaitu Farah Ahmad membuat laporan atas nama akaun itu pada 11 November tahun lalu di Balai Polis UTC Dato’ Keramat, Kuala Lumpur.

Pada Oktober tahun lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian anak kepada seniwati Fauziah Nawi iaitu Pitt Hanif selepas dibawa arus ketika sedang memancing di Kuala Lipis, Pahang.

Dalam pada itu, isteri kepada arwah Pitt, Farah Ahmad turut berang dengan perbuatan individu sama.

Individu tersebut turut melemparkan kata-kata kesat kepada Fauziah Nawi.

"Anjing kalau menyalak memang patut hempuk. Aku ini diam saja sebab malas nak kecoh.

"Selagi boleh diam aku diam sebab aku ni lain sikit. Kau tak kenal laki (suami) aku, kalau kau kenal baru kau tahu kenapa laki aku pilih hidup dengan aku.

"Aku boleh layan orang yang tikam belakang macam tetamu terhormat dan aku juga boleh layan sebaliknya," ujarnya di Instagram.

Allahyarham Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang anak berusia antara tujuh hingga 16 tahun.

Pitt Hanif, Fauziah Nawi, Farah Ahmad

Artikel Lain