suria

Peringatan Puteri Balqis untuk Nabila Huda - “Saya diuji dengan kesusahan, auntie diuji dengan kemewahan”

Puteri Balqis kesal luahan Nabila Huda di laman Twitter pada Selasa.

PELAKON Puteri Balqis meluahkan rasa kesal dengan kenyataan aktres Nabila Huda apabila mempersoalkan tanggungjawab ibunya Norashikin Mohd Aziz yang membiarkan remaja itu menjual buku di jalanan.

Puteri Balqis atau Aqish, 13, menerusi Instagram menjelaskan ibunya bukanlah seburuk yang disangka aktres berkenaan, malah wanita itu sudah berkorban segala-galanya untuk membesarkan dan menanggung kos perubatan sepanjang dia terlantar sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai mesej saya marah-marah!” - Penerbit buku akhirnya cerita punca sebenar Puteri Balqis terpaksa jual puisi di jalanan

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis sebak... kesempitan hidup dapat perhatian masyarakat - “Tiada apa yang malu nak dikongsikan”

Katanya, tindakannya untuk mengikut ibunya menjual buku di sekitar Kuala Lumpur adalah atas kehendak sendiri. 

“Puteri sedih, buat auntie Nabila Huda... Puteri minta jangan persoalkan ibu Puteri, laman media bukan untuk itu. 

Puteri Balqis luah perasan di Instagram pada Rabu.

“Kenyataan auntie tentang kenapa biarkan Puteri jalan ke KL jual buku ini jawapannya. Ibu sudah habis puluhan ribu ringgit untuk selamatkan Puteri, mana saudara? Mana kawan? Mana keluarga?” 

“Ibu tak pernah biarkan Puteri bekerja, tapi Puteri yang paksa untuk mengikutnya. Terus terang di KL ibu yang meniaga. Puteri masih ada perasaan kasihan melihat ibu,” ujarnya. 

Pada Selasa, Nabila Huda menerusi laman Twitter mempersoalkan tanggungjawab ibu bapa Puteri Balqis yang mampu untuk bekerja menanggung kehidupan remaja itu. 

Ibu tak pernah biarkan Puteri bekerja tapi Puteri yang paksa untuk mengikutnya.

PUTERI BALQIS

PELAKON

Dalam pada itu Puteri Balqis berkata, biarpun diuji dengan kesusahan namun ibunya tidak pernah berhenti bekerja. 

Malah, dia tidak lupa bersedekah dan membayar semua duit bantuan yang dihulurkan kepada mereka. 

“Ibu merupakan satu-satu ahli keluarga yang tidak pernah berhenti bekerja. Daripada dulu pun selalu buat macam-macam... di set penggambaran pun masih jual asam jeruk. 

“Tapi belum diizinkan lagi untuk dia berjaya seperti auntie. Ujian Puteri diberikan kesusahan dan ujian auntie diberikan kemewahan.

“Mungkin ada eloknya kami tidak aktif di laman sosial supaya kami jauh daripada memfitnah manusia,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Puteri Balqis turut menafikan dakwaan ibunya seorang penagih dadah seperti yang dilemparkan seorang individu dipercayai ahli keluarga mereka sendiri.

Katanya, ibunya kurus berikutan tidak cukup tidur dan mengalami tekanan perasaan berikutan berdepan pelbagai masalah hidup. 

“Puteri tahu apa itu dadah. Kadang-kadang waktu kami berjalan pada awal pagi, kami sering ditahan polis tapi ibu dilepaskan kerana tidak mengambil dadah. 

“Fizikal ibu kurus kerana tidak makan, tidak cukup tidur dan depression. Sewaktu Puteri sakit ibu tidak tidur kerana takut Puteri sakit ketika tidur,” ujarnya. 

Sementara itu Puteri berkata, dia juga tidak mahu berada dalam industri seni dan berasa lebih tenang tanpa berdepan dengan golongan tersebut.

Nabila Huda, Puteri Balqis

Artikel Lain