suria

Kecoh suami Emma cium Chacha Maembong, tak tahu hukum halal haram - “Bab faraid pun tak selesai lagi, dah keluar batas aurat pula!”

Majlis pernikahan Emma diraikan penuh meriah oleh keluarga dan teman rapat. Foto: CST Production

AKSI pelakon Chacha Maembong dicium oleh kakaknya, Emma Maembong dan abang ipar, Shazli Azhar semasa bergambar di atas pelamin mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Menerusi Facebok Makcik Bawang Channel, rata-rata netizen menegur tindakan dan kelakuan tersebut kerana dianggap tidak menjaga batas pergaulan antara ipar duai, bukan mahram.

"Beratlah tak tahu dosa pahala yang mana haram. Bab faraid pun belum khatam!

ARTIKEL BERKAITAN: Berkenalan di ulang tahun Uqasha Senrose, pilot terbuka hati terima Emma Maembong selepas 8 bulan rapat

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat pengantin baharu! Emma Maembong akhirnya sah jadi isteri orang

"Bab faraid tak selesai lagi dah keluar bab batas aurat adik ipar pula, jangan sampai (Datuk Seri) Aliff Syukri datang rumah buat live.

"Itulah masa kelas agama kau kat meja belakang berborak dengan kawan-kawan," tulis netizen.

Foto ini jadi perbualan netizen di laman Facebook.

Sebelum itu, dua keping foto yang dirakam oleh Project2pi itu tersebar di laman Facebook dipercayai dikongsi oleh akaun kelab peminat Emma iaitu Emanizers.

Bagaimanapun, hasil carian mendapati foto tersebut telah dipadam oleh pengendali akuan berkenaan.

Pada Khamis lalu, Emma selamat bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Sama cantik sama padan... Emma dan Shazli berkahwin pada Khamis lalu.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Emma memberitahu dia mula mengenali Shazli ketika menghadiri sambutan ulang tahun Uqasha Senrose pada tahun 2017.

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini juga terbuka hati menerima Shazli sebagai suami kerana sikap lelaki itu yang mementingkan keluarga dan agama.

Emma Maembong, Chacha Maembong

Artikel Lain