PERUNDING dan usahawan kecantikan, Norsiha Aala mengakui kecewa dan terkilan dengan tindakan isteri kepada pendakwah bebas Da'i Nik Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi yang sudah dianggap sebagai saudaranya sendiri. Menurut Norsiha, 48, dia terpaksa membuat laporan polis atas dakwaan menipu terhadap Noorainul Naqim, 40, yang lebih dikenali sebagai ‘Dr Erin’, setelah perbincangan awal antara mereka tidak menemui jalan penyelesaian. "Saya sebenarnya begitu kecewa dan terkilan sebab hubungan kami sangat rapat... bahkan saya tak pernah anggap dia sebagai sahabat, sebaliknya seorang adik. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Da’i Farhan dituduh tipu urusan sijil halal Jakim, KKM bernilai RM10,050 ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Da’i mana ditahan polis? Suspek katanya tipu urusan sijil halal dan KKM "Hubungan kami mula rapat sejak empat tahun lalu dan saya sudah meletakkan kepercayaan penuh kepadanya kerana kami ada beberapa projek perniagaan bersama sebelum ini. "Sebab itu apabila ditipu, rasa sangat kecewa dan sedih. Itu sahaja yang saya boleh cakap buat masa ini," katanya ketika dihubungi mStar. Dr Erin dibebaskan selepas diikat jamin. Pada Rabu, Noorainul Naqim didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menipu seorang wanita berhubung urusan sijil halal. Tertuduh didakwa memperdayakan mangsa dengan menjanjikan untuk menguruskan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu tonik Cap Orang Kuat yang diusahakan Norsiha. Noorainul Naqim yang dikatakan seorang doktor neurologi dan ahli perniagaan didakwa melakukan kesalahan itu pada 21 Disember 2017 sehingga 26 Februari 2018 bertempat di Taman Keramat Wangsa, Kuala Lumpur. Kes mahkamah tu saya tak nak ulas dahulu kerana ia masih dalam perbicaraan dan kita tunggu sahaja keputusan nanti! NORSIHA AALA PERUNDING DAN USAHAWAN KECANTIKAN Terdahulu, mangsa mendakwa dia sudah membayar sebanyak RM10,050 kepada tertuduh namun sehingga tahun lalu tiada sebarang proses mengenai perjanjian dibuat. Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Da'i Farhan dan isteri Erin. Sehubungan itu Majistret Wong Chia Sia menetapkan 3 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Sementara itu, Norsiha berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai pendakwaan terhadap Noorainul Naqim kerana bimbang menganggu proses perbicaraan mahkamah. Bagaimanapun, dia menegaskan tindakannya membuat laporan polis tersebut kerana tidak mahu ada mana-mana individu menerima nasib yang sama. "Kes mahkamah tu saya tak nak ulas dahulu kerana ia masih dalam proses untuk dibicarakan... kita tunggu sahaja keputusan nanti. "Sejujurnya, bukan kerana nilai kerugian itu... bagi saya hal duit yang ditipu itu tak apalah kita masih boleh cari, cuma saya nak orang ramai sedar dan tak ada lagi yang menjadi mangsa!," ujarnya.