PENDAKWAH bebas Wan Dazrin membuat teguran secara terbuka kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri kerana bersikap tidak jujur semasa menjalankan perniagaan penutup hidung dan mulut (face mask). Menurut Wan Dazrin atau nama sebenar Wan Dazrin Wan Din, Aliff telah melakukan penipuan secara terang-terangan serta menyifatkan tindakan ahli perniagaan itu sebagai satu dosa besar dan haram dalam Islam. "Sesungguhnya Datuk Aliff Syukri telah menipu dengan penjualan face mask. Ini bukan lagi satu kelucuan, ini satu pendustaan yang terang-terangan wujud ketika mengiklankan produknya ketika berniaga. ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Wan 'sound' Dua Lipa sebab sokong LGBT "Perbuatan Datuk Aliff Syukri jelas haram dan jika berterusan, maka ia akan menjadi bagian dari dosa besar... dia perlu bertaubat pada Allah SWT dan meminta maaf pada semua yang telah mendengar marketing penipuan dalam penjualan produk face mask yang mungkin akan mengancam nyawa buat siapa yang telah membelinya. "Jelas, air menitis dengan laju (bocor) walaupun hanya diletakkan sedikit sahaja. Kemudian, cepat-cepat disorokkan ketepi bila nampak kebocoran berlaku disitu dan mengatakan ia produk berkualiti. Sudahlah jual produk yang defective (tidak sempurna), kemudian menipu dalam penghebahan penjualan pula," katanya. Wan Dazrin tegur Aliff di Instagram. Wan Dazrin berkongsi pandangannya itu menerusi laman Instagram pada Ahad. Sebelum itu, tular rakaman video siaran langsung Aliff menunjukkan demonstrasi dengan mencurahkan air ke penutup mulut dan hidung yang dijualnya di Instagram. Aliff berkata, topeng muka tersebut mampu menahan serapan air, namun sebaliknya berlaku apabila air yang dicurah menitis tidak seperti diperkatakan. Ia sekaligus membangkitkan rasa marah netizen kerana dakwaan awal Aliff tidak tepat dan seolah-olah mempromosikan produknya secara berlebihan. Sementara itu, bekas peserta program Da'i (TV3) ini berkata produk yang dijual oleh Aliff itu berkemungkinan boleh mendatangkan bahaya kepada si pemakai. Justeru itu, dia menyarankan jutawan itu berhenti daripada terus menipu dan segeralah bertaubat kepada Allah SWT. Aliff Syukri melakukan demonstrasi terhadap dua topeng muka. "Sesungguhnya Datuk Aliff telah mencipta rantaian dosa yang tidak terperi jika berniaga seperti ini. Face mask adalah sangat penting untuk membasmi kuman dan virus dari orang yang memakainya. "Mana mungkin face mask yang dijual oleh Datuk Aliff tersebut dapat menjalankan peranan untuk melindungi orang lain dari si pemakainya dan ini bahaya, bahkan mungkin akan terus memberi ancaman penyakit pada yang lain. "Saya dibenarkan tegur terbuka dalam kes seperti ini kerana ia satu hal yang membawa keburukan pada semua. Datuk Aliff, sila hentikan penjualan produk face mask ini... bertaubatlah kepada Allah, takutlah pada azab orang-orang yang menipu dalam perniagaan. Dalam pada itu, Wan Dazrin berharap Aliff sedar mengenai kesilapan yang dilakukan dan tidak berterusan melakukan penipuan dalam perniagaan. Aliff Syukri didakwa tidak jujur dalam perniagaan. Malah, dia turut memohon masyarakat lebih berhati-hati dan membeli topeng muka mengikut piawaian dari badan kesihatan dunia. "Hari ini Allah SWT mungkin memberi kamu nikmat, tapi ingat, tidak semua nikmat itu baik untuk kamu di hari akhirat, terkadang ia rupanya bagian dari 'Istidraj'. Berhati-hatilah, ramai orang yang berniaga tergelincir jatuh masuk ke dalam neraka dan menerima azab yang perit dari Allah SWT. "Kepada seluruh rakyat Malaysia, berhentilah dari membeli produk ini dan belilah face mask yang mematuhi piawaian sahaja, sesungguhnya dia telah menipu ketika berniaga dan orang-orang seperti ini tidak layak lagi dihormati dalam perniagaannya. "Kita dibenarkan utk bersangka buruk kepada peniaga yang jelas dan terang-terangan menipu dalam perniagaan untuk lebih 'Ihtiyat' (berhati-hati dengannya). Semoga Allah jaga kita semua dari tipu daya seperti ini," ujarnya.