suria

Jijik! Wanita dakwa jadi mangsa mesej dan video lucah Jiggy (Masin) - “Saya bukan selebriti terkenal pun untuk dijatuhkan”

Jiggy nafi pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.

MESEJ perbualan serta video lucah ahli kumpulan Masin iaitu Jiggy tular sejak Isnin selepas seorang wanita memuat naik semua bukti tersebut di Instagram dengan mendakwa dia telah menjadi mangsa pelawak itu.

Bagaimanapun Jiggy atau nama sebenarnya Mohamad Aizat Ahmad Nazri, menegaskan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk tersebut dan semua bukti itu tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti terjerat skandal foto bogel, nak salahkan siapa?

Jiggy berkata dia tidak menyangka ada pihak yang cuba menyebarkan fitnah memandangkan dirinya bukan seorang selebriti terkenal.



Individu yang mendakwa menjadi mangsa Jiggy.

"Zaman teknologi sekarang ini mudah untuk orang nak menjatuhkan saya. Ada orang cuba nak menjadi saya atau ada orang yang menyunting foto mesej perbualan dan video tersebut.

"Itu bukan saya! Tapi saya sendiri tak tahu apa motif individu itu dan saya tahu apa kepentingan serta keuntungan yang dia dapat selepas menyebarkan fitnah terhadap saya.

"Saya ini hanya orang biasa dan bukan selebriti terkenal pun untuk orang nak jatuhkan saya. Sini hiburan ini tempat untuk saya cari rezeki tapi tak sangka diduga dengan perkara macam ini. Apa-apa pun saya reda," katanya kepada mStar.

Nak buat macam mana lagi... zaman ini semua benda nak viral.

JIGGY

PELAWAK

Paparan skrin yang dimuat naik individu tersebut memperlihatkan mesej lucah daripada Jiggy yang menggunakan akaun Instagramnya dan turut menghantar video tidak senonoh.

Sebelum ini, Jiggy diduga apabila rumah tangganya dengan pengacara program hiburan HLive iaitu Elly Arifin yang dibina selama empat tahun berakhir pada 30 Januari lalu.

Dalam pada itu, Jiggy memberitahu dia tidak merancangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah kerana beranggapan 'nasi sudah menjadi bubur'..



Rumah tangga Jiggy dan Elly sudah berakhir sejak Januari lalu.

"Saya memang tak akan ambil sebarang tindakan atau laporan polis. Tapi saya berharap sangat mana-mana pihak berhenti menggunakan nama saya untuk mencipta akaun palsu atau wajah saya bagi kepentingan sendiri.

"Bagi saya, perkara ini tidak akan pernah berakhir pun kalau buat laporan polis sekali pun. Lagipun, kalau dah nak jadi, tetap akan jadi juga sebab kita tak boleh nak halang perbuatan orang lain

"Nak buat macam mana lagi... zaman ini semua benda nak viral. Semua orang nak buat sesuatu untuk jadi terkenal tapi tak tahu untuk apa mereka lakukan itu," ujarnya.

Sebelum ini, beberapa selebriti lelaki pernah menjadi mangsa fitnah apabila foto serta video lucah disebarkan individu tidak bertanggunjawab.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jiggy, Masin, Elly Arifin,

Artikel Lain