suria

Gara-gara 'cover' lagu Jawa Pokoke Joget, agama Baby Shima dipersoal - “Malas nak layan... mereka cakap ikut sedap mulut!”

Baby Shima enggan layan komen provokasi yang ditulis netizen di Instagram.

TINDAKAN seorang netizen mempertikaikan akidah dan pegangan agama penyanyi Baby Shima hanya kerana menyanyikan lagu cover berbahasa Jawa berjudul Pokoke Joget disifatkan sebagai cukup melampau.

Shima, 26, bagaimanapun berkata dia enggan memanjangkan isu berkenaan dan lebih selesa mengabaikan komen provokasi tersebut.

"Apabila ada yang mempertikaikan mengenai agama, itu agak melampau... tapi biasalah mereka (netizen) ini kalau menulis atau bercakap memang ikut sedap mulut sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima terkandas di Indonesia kerana Covid-19

"Saya malas nak berbalas komen macam itu lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan agama Islam kita... asalkan saya tahu apa akidah dan pegangan saya, itu sudah memadai!," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Shima menerusi Instagram berkongsi rakaman nyanyian semula lagu Pokoke Joget sambil menari.

Bagaimanapun, ruangan komen dicemari oleh komen seorang netizen yang mempersoalkan mengenai agama dan tahap keimanan penyanyi lagu Roadblock Hatiku ini.

Seorang netizen meninggalkan komen negatif di posting ini.

"Islam ke Baby Shima ni? Kalau Islam kenapa buat perangai macam ni?," tulis seorang netizen.

Sementara itu, Shima berkata dia kini lebih matang berdepan dengan pelbagai ragam netizen di laman sosial.

Sekarang ini saya dah malas nak padam atau sekat komen negatif yang ditulis netizen... biarlah orang lain baca dan nilaikan sendiri.

BABY SHIMA

PENYANYI

"Sekarang ini saya dah malas nak padam atau sekat komen negatif yang ditulis netizen... biarlah orang lain baca dan nilaikan sendiri.

"Kalau kita padam satu komen, akan muncul komen lain pula selepas itu. Tak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri!

Baby Shima semakin matang melayan provokasi netizen.

"Cumanya yang saya hairan, mereka yang mengecam dan tak suka saya tapi masih ikuti akaun kita... hari ini mereka komen baik sahaja, tiba-tiba esok kecam pula!," ujarnya.

Bercakap mengenai karier nyanyian, Shima berkata dia terpaksa melepaskan beberapa tawaran persembahan di Indonesia berikutan penularan Covid-19.

"Boleh dikatakan kebanyakan job nyanyian di sana terpaksa dibatalkan kerana wabak ini... saya pun tak tahu bila boleh terbang semula ke sana.

"Perasaan kecewa itu pasti ada tapi saya anggap ada hikmah atas apa yang berlaku dan InsyaAllah keadaan akan pulih tidak lama lagi.

"Saya baru selesai jalani penggambaran muzik video lagu terbaharu berjudul You Dan Ysukuku yang akan dilancarkan tak lama lagi. Selain itu, saya penuhi masa dengan hasilkan content untuk YouTube dan sebagainya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Baby Shima, gosip artis

Artikel Lain