suria

“Alhamdulillah!” Itu jawab Fikry selepas ‘disembur’ Michael Ang… Peminat mula ungkit Fikry lupa diri, berlakon pun dah ‘daring’

Michael tidak mahu perbesarkan isu antara dia dan Fikry Ibrahim.

PELAKON Fikry Ibrahim hanya menjawab ‘Alhamdulillah” (syukur kepada Allah) reaksi kepada kritikan Michael Ang di Instagram yang melahirkan rasa tak puas hati berhubung masalah peribadi antara mereka.

Jawapan ringkas itu susulan tindakan Michael menempelak Fikry selepas aktor itu dalam rancangan Melodi pada Ahad mendedahkan pengarah tersebut membuat tuduhan termasuklah mendakwa Fikry menolak tawaran berlakon daripadanya tetapi menerima tawaran orang lain.

Lebih menarik perhatian kritikan Michael dalam bentuk rakaman video itu menyebabkan peminat masuk campur dengan menganggap Fikry mula lupa diri apabila melanggar keputusannya tidak mahu bersentuhan dengan wanita seperti pernah dijanjikannya ketika mula terlibat dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Fikry Ibrahim enggan tanggung dosa kerana Uqasha

“Lupa daratan Fikry Ibrahim, kau popular kerana Michael Ang orang pertama ambil kau berlakon dalam drama dia, start dari itu orang kenal kau. Sedar diri sikit sekarang dah berlakon semakin ‘daring’ berlakon sentuh-sentuh, dukung-dukung perempuan, dulu masa belum popular cakap tak nak berlakon sentuh-sentuh perempuan sebab haram bukan mahram, sekarang dah jadi halal ke?” tegur netizen daklam komen di IG Michael Ang.



Michael tidak berniat untuk memerli sesiapa termasuk Fikry.

Untuk rekod, Fikry, 26, mula terlibat dalam bidang seni dengan menyertai rancangan Lawak Solo pada 2016 dan kemudian pertama kali berlakon selepas diberi peluang oleh Michael Ang menerusi drama rantaian Hero Seorang Cinderella yang turut dibintangi Fattah Amin dan Fazura.

Dalam pada itu Michael turut menjawab “Amin” membalas jawapan Fikry itu tanpa kenyataan tambahan.

Selain itu ada juga peminat yang meminta mereka berbincang dengan cara baik berbanding mengambil pendekatan berbalah.

“Benda boleh bawa bincang, kenapa nak canang satu Malaysia,” kata netizen.

Sekarang aku tengok dah boleh pegang, dah boleh peluk.. Apoooo! Berprinsip la... dalam hidup ini kena ada prinsip ya!

MICHAEL ANG

PENGARAH

Sementara itu video pendedahan Michael sehingga Isnin mendapat lebih 154,000, tontonan dengan lebih 392 komen.

Dalam video berdurasi 4 minit 13 saat itu Michael mempersoalkan sejak bila dia memburukan Fikry sebagai mana didakwa.

Michael turut mengaku kesilapannya mungkin tidak berbincang soal bayaran ketika membuat tawaran kepada Fikry tetapi kebiasaan bagi Michael, apabila seseorang pelakon itu masuk ke set penggambaran baharulah mereka berurusan mengenainya.



Fikry mendakwa Michael menuduhnya sebagai seorang penipu.

“Mungkin salah saya tak persetujui harga, tapi itu memang kebiasaan. Tanyalah artis-artis yang pernah bekerja dengan saya dan awak pun pernahkan? Jadi tanyalah pengurus awak yang duhulu.

"Kadang-kadang, bila dah masuk set baru kita persetujui harga. Saya memang begitu, tapi tak pernah ada masalah pembayaran. Saya rasa, tak pernah pun ada artis cakap saya bayar mereka kurang," tuturnya.

Menjawab soalan Fikry yang berkemungkinan enggan lagi bekerjasama dengan Michael, pengarah itu berkata, dia tidak kisah dengan keputusan Fikry itu.



Antara komen netizen serta jawapan Fikry dan Michael Ang.

“Aku produser, aku tak ksiah... aku yang keluar duit aku nak buat apa, aku nak pakai siapa, orang tak nak kerja dengan aku, aku tak kisah... Banyak lagi pelakon kat Malaysia ni yang bagus ke, tak bagus ke yang aku boleh pakai. Kalau takde rezeki, takde jodoh okay je yang you nak besar-besarkan kenapa Fikry Ibrahim?” katanya.

Dalam pada itu antara kenyataan yang boleh membuat seseorang itu tersentak apabila Michael mengungkit kisah Fikry yang tidak berprinsip.

“Banyak orang yang mula-mula dulu masuk dalam industri tak boleh pegang la, tutup rambut orang, padam rambut orang tapi sekarang aku tengok dah boleh pegang, dah boleh peluk.. Apoooo! Berprinsip la... dalam hidup ini kena ada prinsip ya...” kata Michael mengimbas langkah Fikry yang pernah mengedit rambut pelakon tidak bertudung ketika berkongsi di Instagramnya suatu ketika dahulu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

@fikryibrahim Sila hadam Ini! @meloditv3 boleh guna ni untuk response i! Semua org tahu Kalau aku nak sembur org aku akan mention nama tak ada maknanya aku nak sembunyj! Oh yes satu lagi lupa cakap dari mula nama mu tak ada pun list Pelakon yang I nak. Station yg nak walaupun i dah cakap kalau boleh i tak nak guna u selepas mengenali perangai u masa shoot Rahsia Hati Perempuan and tahu apa u buat kat set Akasia. Tapi station nak sgt I offer u. Kalau ikut logic bila u tak boleh buat I should be happy! Sekian terima kasih and pada 2 -3 org yg dm aku nak defend idola u all Sila tgk video ni and hadamkan jugak! Luv u all stay safe. FOOTNOTE : KAU ORG NI PUN NAK KOMEN SILA TAHU FACTS YA! POSTING AKU NI MEMBALAS APA ORG MULAKAN DULU NYA. BAGI AKU THIS ISSUE IS NOTHING JUST DEFENDING MYSELF!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on Aug 9, 2020 at 12:23am PDT

Artikel Lain