suria

Nourul Wahab terkejut terima gangguan seksual ketika sedang 'live IG' - “Orang tengah sibuk... ada yang call tunjuk anu!”

Nourul berkongsi panggilan video daripada individu tidak dikenalinya.

SEDANG sibuk melakukan aktiviti senaman sambil bersiaran langsung di Instagram, penyanyi Nourul Wahab tiba-tiba diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenalinya menerusi panggilan telefon.

Apa yang mengejutkan, lelaki berkenaan membuat panggilan video dan menunjukkan aksi tidak senonoh dan memalukan kepada penyanyi itu tanpa sebarang perasaan malu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab ditengking anggota keselamatan KLIA - “Saya tak pernah jumpa orang kurang ajar seperti itu”

Nourul atau nama sebenarnya Nourul Huda Abdul Wahab, 41, yang ketika itu masih 'live' di Instagram berkongsi video lucah dan aksi onani individu tersebut kepada pengikutnya.

Kata Nourul, dia kecewa dengan mentaliti segelintir masyarakat yang biadab dan dianggap sebagai tidak berfikiran waras.



Nourul terkejut apabila terima gangguan seksual.

"Minta maaf kalau ada part video ini menganggu ketenteraman awam.

"Orang tengah sibuk buat live ada yang call tengah me***cap. Kami tunjuk live sebab dia nak perhatian. Ambil nombor dia dan sebarkan... beritahu mak bapa dia kurang ajar!," ujarnya.

Itulah penyakit orang kita, nak ditegur tak boleh terima!

NOURUL WAHAB

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi lagu Keliru ini juga sedih apabila kebanyakan yang melakukan perkara jijik ini adalah golongan anak-anak muda.

Dia turut berasa simpati terhadap ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak mereka sehingga berkelakuan seperti itu.

"Semua rakyat Malaysia tengok orang jahat ni, kami live IG eloklah tunjuk anu sendiri.

"Itulah penyakit orang kita, kita tegur tak boleh terima. Mereka suka letak kita bawah tapak kaki.

"Paling sedih kebanyakan mereka ini anak-anak muda, kasihan mak bapa kalau tahu. Saya ada dua anak lelaki harapnya tak macam tu" ujarnya.

Rata-rata netizen turut terkejut dan meminta penyanyi berkenaan untuk membuat laporan polis berikutan sudah dianggap sebagai gangguan seksual.

"Buat report polis, jangan dibiarkan. Ini sudah dikira gangguan seksual dan ada bukti!" ujar netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nourul Wahab, ig live, selebriti, lucah, jijik,

Artikel Lain