suria

Aliff Aziz dipenjara dua minggu, denda kerana mencuri dan berkelakuan tidak senonoh

Aliff bakal menjalani hukuman penjara dua minggu.

PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM1500 ($500) pada Selasa selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Aliff, 29, mengaku bersalah di Mahkamah Negara Singapura atas dua pertuduhan itu pada 7 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Video tak senonoh, Aliff Aziz akui berada dalam keadaan sukar - “Saya sudah malukan orang tersayang”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz mengaku bersalah, Aaron Aziz tegur netizen persenda kisah silam orang - “Ia tak kelakar, semua orang buat salah”

Menerusi kertas pertuduhan yang dibacakan, Aliff didakwa mencuri wang sebanyak S $300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.

Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siaw berkata, Aliff kemudian mengakui telah mencuri wang tunai itu kerana "dia memerlukan wang".

Aliff kemudian menggunakan wang tunai itu untuk makanan dan pengangkutan.



Aliff dan Bella Astillah rujuk semula dalam tempoh edah.

Sementara itu, dalam kes berbeza, Aliff didapati mabuk di bawah jambatan pusat membeli-belah Orchard Towers sekitar pukul 5.30 pagi pada 10 November tahun lalu.

Seorang pegawai polis yang berada di sekitarnya melihat dia menjerit dengan kuat dan memberi isyarat kepada seseorang.

Sarjan Theodore Lee, 24, meminta Aliff untuk bertenang dan dia mematuhinya sebelum berlalu pergi, dia kemudian melakukan tindakan serupa lagi sekitar satu jam kemudian.

Aliff mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 2007 selepas memenangi Singapore Idol versi Suria saluran Melayu iaitu Anugerah.

Penyanyi lagu Sayang-Sayang menjadi perhatian tahun lalu kerana isu curang dengan isterinya Bella Astillah.

Pasangan yang berkahwin pada 2016 itu berpisah pada 16 Mei tahun lalu, namun kembali rujuk dalam tempoh edah.

SUMBER: The Straits Times Singapura



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain