suria

“Curang perlu kerja keras, kena padam semua mesej... lock phone” - Puteri Sarah kongsi petikan kata-kata cinta yang tak setia

Puteri Sarah berharap kehidupannya bertambah baik pada masa hadapan.

SEHINGGA kini pelakon Puteri Sarah terus bermain teka-teki mengenai perihal rumah tangganya bersama pengarah filem Syamsul Yusof yang kononnya dilanda badai.

Walaupun tiada sebarang pengesahan, namun pengkongsian kata-kata hikmah di Instagram memberi bayangan hubungan mereka seolah-olah berdepan masalah.

Terbaharu Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik dua petikan kata berkaitan curang dan tidak setia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah 2 tahun mereka tak tinggal bersama kami” - Yusof Haslam dan isteri doakan Syamsul, Puteri Sarah selesaikan isu rumah tangga dengan baik

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah ‘unfollow’ Syamsul Yusof, didakwa ke pejabat agama

"Curang adalah pilihan, bukan kesalahan.

Puteri Sarah dan Syamsul bersama dua anak-anak mereka.

"Curang ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk tipu.

"Terlalu susah untuk curang. Lebih baik setia," demikian petikan kata-kata seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instastory.

Terdahulu menerusi posting berlainan di ruangan yang sama, Puteri Sarah menyatakan dia berharap agar kehidupannya bersama anak-anaknya bertambah baik.

"Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak.

Gambar kenangan keluarga ini menyambut hari raya bersama pada Mei lalu.

"Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik... InsyaAllah," tulisnya sambil berkongsi lokasi kedudukannya di Ipoh, Perak.

Dia juga turut memetik petikan kata-kata nukilan pakar motivasi Profesor Dr Muhaya Mohamad mengenai ego.

"Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana merasakan diri besar. Muhasabah diri selalu. Cuba perhatikan apakah emosi kita apabila bangun dari tidur. Bersyukur atau merungut," demikian petikan itu.

Dua paparan skrin daripada Instastory Puteri Sarah yang menyentuh mengenai isu curang.

Sebelum ini dunia hiburan kecoh apabila Puteri Sarah dilaporkan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Menerusi laporan mStar pada 21 September lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu.

Antara petikan mutiara kata yang dikongsi Puteri Sarah.

Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain