suria

“Kau tak fikir orang punya perasaan, seriously bro... too much!” - Syamsul Yusof berang hal rumah tangga jadi bahan sensasi

Syamsul memuat naik paparan skrin saluran YouTube yang menggunakan tajuk berbaur fitnah terhadap keluarganya.

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof berang apabila kisah rumah tangganya dijadikan modal sensasi berbaur fitnah sebuah saluran YouTube.

Tampil menerusi satu rakaman video di Instagram, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, dengan nada marah berkata penggunaan tajuk dengan maksud kononnya dia berlaku curang terhadap isteri, Puteri Sarah adalah fitnah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Curang perlu kerja keras, kena padam semua mesej... lock phone” - Puteri Sarah kongsi petikan kata-kata cinta yang tak setia

Menerusi video itu Syamsul turut menunjukkan muat naik saluran YouTube Cabik Geronong dengan tajuk 'TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah.



Syamsul memuat naik video memberi amaran kepada saluran YouTube tersebut.

"Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk mendapatkan views di YouTube. Saya dah semak dan saluran ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya ID. Too much brother!

"Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing aroung with my fu***g name bro. Sekarang ini dekat saluran YouTube saya tahu anda semua nak dapatkan views apa semua, saya tahu itu kerja anda tapi tolong hormati orang dan juga artis.

"Mereka ada keluarga juga, saya ada anak-anak. Saya dapat Cabik Geronong Channel, nama saluran pun macam apa ntah dia tulis tajuk yang boleh membawa fitnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi," katanya.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan mStar, video yang kandungannya dipercayai mengenai masalah rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah Liyana itu sudah tiada di saluran YouTube tersebut.

Orang tengah ada masalah sekarang ni dan korang nak fikir tentang korang punya views,

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH & PELAKON

Sebelum ini, isteri kepada Syamsul iaitu Puteri Sarah membuat pengkongsian kata-kata hikmah di Instagram seakan-akan memberi bayangan hubungan mereka berdepan masalah.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 35, memuat naik dua petikan kata berkaitan curang dan tidak setia.

Dalam pada itu, enggan berdiam diri, Syamsul bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran YouTube tersebut yang membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

"Seperti yang saya cakap, saya tidak akan berdiam diri lagi. Saya akan saman anda, saya jumpa anda di mahkamah. Ini bukan sebab duit, nak kasi ajar sikit.

"Kalau ada artis-artis lain sebelum ini pernah kena kalau diorang tak berani saman ke ha ni Syamsul saman kau sekarang ni. Saya tak main-main dan tolonglah respek orang lain.



Masalah rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah menjadi perbualan hangat di laman sosial.

"Orang tengah ada masalah sekarang ni dan korang nak fikir tentang korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan. Kau nak buat macam ni, okay see you in court la," ujarnya.

Sementara itu, Syamsul juga akan melantik peguam yang terbaik untuk memberi pengajaran kepada pihak saluran itu.

"Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan juga. come on la respect people. Saya hormat anda, anda hormat saya.

"Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like sh** man. Malas cakaplah, see you in court!" tegasnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain