suria

Nazia Mustafar ‘dihina’ dengan tawaran tak masuk akal, 28 babak dibayar RM1,500 - “Agak-agak la... ini namanya melampau!”

Nazia meluahkan rasa kemarahannya di Instagram.

PELAKON Nazia Mustafar meluahkan rasa berang apabila ditawarkan untuk membintangi telefilem yang mempunyai 28 babak dalam masa empat hari dengan bayaran RM1,500.

Menurut Nazia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 45, bukan sahaja ditawarkan dengan bayaran yang rendah, namun bahasa yang digunakan pihak tersebut juga dianggap keterlaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: 25 tahun bersahabat, Nazia Mustafar kongsi kali terakhir jumpa Maya Matahari - “Dia pesan supaya saya tak menangis...”

"Penggambaran telefilem empat hari, 28 babak nak bayar RM1,500. Agak-agak la wei. What the... ini namanya melampau! Lain kali nak call artis nak bagi job... kenal pasti siapa artis itu.

Saya marah sekejap saja, tak reti nak marah lama-lama.

NAZIA MUSTAFAR

PELAKON

"Tolonglah ya. Aku tak pernah marah tapi aku rasa kali ini melampau. Lepas itu bahasa agak kurang ajar. 'Tak nak tak apa la ramai artis yang nak'. Biadab betul!" kata Nazia.

Nazia memuat naik status perasaan marah tersebut di Instagram miliknya namun tidak menyatakan identiti pihak yang menawarkan kerja tersebut.

Rata-rata netizen terkejut dengan luahan berkenaan memandangkan Nazia tidak pernah berkongsi kemarahannya di laman sosial namun ada juga segelintir mereka memahami nasib yang menimpa pelakon itu.

Nazia sudah memaafkan pihak tersebut.

Dalam pada itu, menerusi posting berlainan Nazia memohon maaf kerana memuat naik status begitu namun mengakui dia tidak dapat menahan kemarahan.

"Saya marah sekejap saja, tak reti nak marah lama-lama. Saya dah okay dah, dah back on track. Maaflah saya tak pernah up status marah-marah macam itu, tapi tadi betul-betul sakit hati.

"Fasal bayaran itu tidak la jadi hal sangat, cuma ayat terakhir dia bagi dekat saya. Allahuakhbar betul-betul mencabar. Saya dah maafkan dia... #bahasajiwabangsa," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain