suria

“Dulu kutuk Neelofa, sekarang...” - Sarah Hildebrand dikecam netizen, buka kisah lama susulan tindakan buka tudung

Sarah Hildebrand menerima banyak mesej kecaman selepas ambil keputusan buka tudung.

KETIKA pelakon dan pengacara Neelofa dipuji ramai kerana mengenakan purdah, aktres Sarah Hildebrand pula menerima nasib yang sebaliknya.

Menurut Sarah atau nama sebenar Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, dia menerima pelbagai mesej negatif termasuk dikaitkan dengan penghijrahan Neelofa.

"Saya menerima banyak mesej seperti ini! Untuk anda yang mengikuti saya sama ada ikhlas atau tidak... ini adalah contoh tentang sesuatu yang tak boleh dikatakan kepada seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto 'free hair', Sarah Hildebrand buka tudung - “Terima kasih kepada yang positif dan menyokong tanpa menilai”

"Jangan jadi macam ni. Ini bukan contoh yang baik dan saya tak mahu ada antara anda menjadi terlalu rendah sebegini (moral).

"Sekiranya peminat saya bersikap seperti ini, saya akan berasa malu," katanya.

Luahan Sarah di Instastory.

Sarah menulis luahan hatinya itu menerusi Instastory pada Jumaat.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik salah satu mesej peribadi yang diterima daripada netizen.

"Dulu kutuk Neelofa... sekarang Lofa dah berubah ke arah yang lebih baik tapi kau pula berubah ke arah... hmmm," tulis netizen berkenaan.

Ingat sesiapa pun boleh berubah pada bila-bila masa. Akhirnya, apa yang penting ialah keikhlasan dan hati yang suci.

SARAH HILDEBRAND

PELAKON

Sebelum ini 2018, Sarah dikatakan pernah mengkritik Neelofa kerana mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah kelab malam.

Sementara itu, Sarah berkata setiap manusia boleh berubah dan apa yang penting adalah memiliki hati yang baik.

Malah, dia turut memuji peminat yang sentiasa memberikan mesej-mesej positif dan mendoakan yang terbaik untuk dia dan suami, Otto Gillen.

Sarah puji netizen beri kata-kata positif.

"Ingat sesiapa pun boleh berubah pada bila-bila masa. Akhirnya... apa yang penting ialah keikhlasan dan kesucian hati," katanya.

Pada Rabu lalu, Otto menerusi Instagram berkata dia menyokong apa jua keputusan yang dibuat oleh aktres itu.

"Saya memberi sokongan penuh semua keputusan peribadi yang dibuatnya. Itu saja satu-satunya maklum balas saya. Jangan mesej saya," tulisnya.

Sarah Hildebrand berkahwin dengan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika Syarikat itu pada 3 November tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain