SUSULAN terdapat dakwaan kononnya segelintir selebriti tempatan terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan, syarikat pengurusan pelakon Scha Elinnea tampil menepis tuduhan artis naungannya terlibat perbuatan tidak bermoral itu. Syarikat berkenaan, Absolute Management dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sentiasa memantau aliran tunai akaun peribadi Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen, 21, dan mendapati tiada transaksi mencurigakan. "Selaku pihak pengurusannya, kami mempunyai aliran tunai keluar masuk ke dalam akaun bank peribadi dia sejak dahulu lagi dan tidak pernah ada jumlah RM40,000 dikreditkan dalam akaun tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Kerap kongsi gambar seksi, Scha Elinnea akui sering diganggu lelaki berstatus suami orang "Sebagai syarikat pengurusan yang bertindak dalam menguruskan kalendar dan jadual hariannya, Scha merupakan seorang artis yang komited dalam karier dia sebagai pelakon," demikian menurut kenyataan syarikat itu. Penafian itu dibuat susulan tindakan sebuah blog menggunakan paparan skrin profil muka depan Instagram aktres tersebut sebagai gambar hiasan bagi mengiringi berita berhubung isu skandal seks VIP. Kenyataan rasmi daripada syarikat pengurusan Scha. Biarpun artikel berkenaan tidak menyebut nama Scha dan paparan skrin itu juga dikaburkan namun netizen membuat andaian ia adalah pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek. Paparan skrin itu digunakan dalam artikel bertajuk - "Dapat hingga RM40,000 satu malam" - SPRM dedah ada artis dan instafamous jadi pelacur kelas atasan, layan nafsu VIP. Laporan itu dipercayai dipetik daripada berita asal yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu. Semakan di blog berkenaan mendapati artikel tersebut sudah dipadam. Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan artis kami menerima kritikan yang negatif di media sosial miliknya. ABSOLUTE MANAGEMENT SYARIKAT PENGURUSAN ARTIS Dalam pada itu, Absolute Management meminta blog tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Scha dalam tempoh 24 jam. Malah Scha turut membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan bagi melindungi diri dan juga keluarganya selepas menerima kecaman yang teruk di laman sosial. Scha tidak terlibat dengan skandal seks VIP seperti yang didakwa. "Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan artis kami menerima kritikan yang negatif di media sosial miliknya dan perkara ini secara tidak langsung telah mencalarkan reputasi dia sebagai seorang pelakon baharu. "Blog itu perlulah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada artis kami dalam tempoh 24 jam. Sekiranya mereka gagal untuk berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sebagai langkah seterusnya. "Laporan polis juga sudah dibuat sebagai langkah keselamatan bagi melindungi diri dia dan juga keluarga," ujarnya. "Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan artis kami menerima kritikan yang negatif di media sosial miliknya dan perkara ini secara tidak langsung telah mencalarkan reputasi dia sebagai seorang pelakon baharu," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!