suria

Lelaki dalam video lucah bukan Hun Haqeem! David Teo bakal ambil tindakan terhadap penyebar fitnah

David menegaskan artis bawah pengurusannya iaitu Hun Haqeem tidak terlibat dalam video lucah yang tersebar.

NAMA pelakon Hun Haqeem mula menjadi perhatian apabila terkait dengan individu dalam video dan foto lucah yang tular di laman sosial sejak Selasa lalu.

Enggan membiarkan netizen terus membuat spekulasi, Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) David Teo tampil menafikan artis di bawah pengurusannya merupakan individu dalam video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak watak ‘Jekfer’ dalam Kampung People

Menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube MIG pada Khamis, David memberitahu dia sudah berbincang dengan peguam dan mengenali pasti penyebar fitnah tersebut.

Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya kepada semua penyebar itu.

DAVID TEO

PENGARAH URUSAN MIG

"Hari ini saya terpanggil untuk membuat penjelasan berkaitan dengan Hun Haqeem iaitu artis di bawah pengurusan syarikat saya.

"Kami dapat tahu banyak artikel, video dan foto telah disebarkan di laman sosial. Saya berunding dengan pihak peguam dan mengenali pasti penyebar video, foto serta cerita yang palsu itu," katanya.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi 42 saat itu memperlihatkan seorang lelaki sedang melakukan perkara tidak senonoh menjadi tular di laman sosial sehingga mendapat perhatian netizen.

Ia berikutan individu tersebut didakwa menyerupai pelakon yang popular menerusi watak Jekfer dalam drama bersiri Kampung People.



Pihak pengurusan Hun bakal ambil tindakan terhadap pihak yang menyebar fitnah terhadap artis mereka.

Dalam pada itu, David turut menegaskan pihaknya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar video tersebut yang mengaitkan artis pengurusannya.

"Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya kepada semua penyebar itu. Saya sudah kumpulkan bukti dah berharap penyebar itu memadam semula semua yang dikongsikan itu.

"Jika tidak dilakukan, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain