suria

Uqasha Senrose dituduh berlagak sebab tak pakai produk penaja - “Dia bayar stesen televisyen, kami yang bekerja tak ada kena-mengena!”

Uqasha berang ejen dan pengasas produk bersikap biadab.

PELAKON Uqasha Senrose bengang apabila tindakannya mengakui tidak memakai gincu keluaran penaja drama Perempuan Tanpa Dosa mencetuskan 'perang mulut' di laman sosial.

Uqasha berkata, dia memberitahu perkara sebenar berikutan tidak mahu penaja menggunakan namanya untuk tujuan pemasaran tanpa sebarang perjanjian.

Tambahnya, pihak penaja tersebut sudah mendapat promosi yang sepatutnya menerusi drama berkenaan sepanjang ia bersiaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Adegan Uqasha Senrose tak buka seluar ketika bersalin dikritik tak logik, ini penjelasan Micheal Ang - “Sudah tentu saya nak jaga aurat”

"Saya hanya balas satu status di Twitter, beritahu saya pakai koleksi gincu sendiri dalam drama itu. Tapi selepas itu kenapa ejen-ejen anda semua perlu bercakap kasar dengan tulisan sangat biadab?

"Ada cakap saya berlagak sebab pengasas dah taja drama ini. Dia bayar stesen televisyen, kami yang bekerja ni tak ada kena-mengena dengan duit cik ya.

Salah faham bermula apabila Uqasha jawab status yang ditulis seorang ejen produk di laman Twitter.

"Kita punya kesabaran ada had, kenapa kena jawab macam tu? Cara mereka sangat biadab. Malah pengasas pun sampai nak perli-perli cakap ini drama perempuan penuh dosa," ujarnya.

Saya jarang nak bergaduh tapi benda ni dah melampau.

UQASHA SENROSE

PELAKON

Uqasha tampil menjelaskan mengenai perang mulut membabitkan dia dengan pihak sebuah produk kosmetik menerusi Instagram.

Uqasha berkata, dia membuat teguran di laman sosial miliknya selepas perkara itu menjadi keterlaluan sehingga ada segelintir pihak membuat tuduhan yang dianggap biadab.

"Saya jarang nak bergaduh tapi benda ni dah melampau... saya perlu jelaskan supaya orang tak salah faham. Lagi lama saya diam lebih banyak awak perli dan cakap belakang.

Uqasha berkongsi luahan rasa kurang senang di laman Instagram.

"Tak kisahlah apa korang nak cakap tentang saya tapi saya perlu beritahu hal sebenar. Saya ada semua bukti... mana intelektual pengasas, korang too much!" katanya.

Sebelum ini menerusi Twitter, seorang individu dipercayai ejen sebuah produk mendakwa Uqasha menggunakan koleksi gincu jenama produk mereka dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.

Bagaimanapun, Uqasha menafikan dan memberitahu dia menggunakan koleksi peribadinya sendiri.

Gara-gara pengakuan jujurnya itu, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini dituduh berlagak dan tidak tahu menghormati pengasas produk yang menaja drama tersebut.

Kata Uqasha, dia terkejut apabila menerima mesej sedemikian daripada ejen produk dan menafikan dia bersikap biadab.

Dia turut menyertakan bukti-bukti perbualan dan status yang ditulis oleh pihak berkenaan, malah namanya juga turut digunakan tanpa kebenaran dalam iklan promosi produk di media sosial.

Drama yang diadaptasi daripada novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad ini mula bersiaran pada 6 Oktober lalu, setiap Isnin hingga Jumaat.

Selain Uqasha, barisan pelakon lain terdiri daripada Kamal Adli, Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Shaza Bae, Susan Menan, Datin Fadhillah Mansor, Azza Elite dan Mak Wan Latah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain