suria

Terlalu rindu Cik B dan Kacak... bekas suami Datuk Vida buat tuntutan hadanah - “Saya terasa hati... ada hubungi mereka tapi orang lain jawab”

Bekas suami Datuk Seri Vida buat tuntutan hadanah terhadap dua anak mereka.

DUA tahun tidak bertemu, bekas suami kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman iaitu Mohd Amin Yasin meluahkan kerinduan terhadap dua anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen, 15, dan Eric Zaquan, 13.

Mohd Amin, 42, berkata, dia terasa hati apabila haknya sebagai bapa dinafikan dan tidak diberi peluang untuk berhubung dengan kedua-dua anaknya itu.

"Kali terakhir saya jumpa anak pada Mei 2018, selepas itu tidak pernah sama sekali sehingga hari ini... saya teramat rindukan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida sebak anak didakwa rentung - “Muka arwah pun saya tak tengok sebab tak boleh hadap”

"Saya ada cuba menghubungi Cik B (Nur Edlynn) dan Kacak (Eric Zaquan) melalui panggilan telefon, tetapi orang lain yang jawab dengan pelbagai alasan dan sehingga membuatkan saya kecewa dan terasa hati.

"Saya merasakan anak-anak seperti dikawal supaya tidak berhubung dengan saya," katanya seperti dilapor MalaysiaKini.



Mohd Amin rindu dua anaknya. Foto : MALAYSIAKINI

Justeru itu, Mohd Amin membuat tuntutan hadanah di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.

Mohd Amin yang juga seorang peniaga diwakili peguam Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam bersama anak-anak.

Pada prosiding berkenaan, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty menetapkan 25 November depan untuk sebutan semula kes.



Anak hasil perkahwinan Vida dan Mohd Amin iaitu Cik B (kiri) dan Kacak (kanan).

Menurutnya, mahkamah tidak akan membuat sebarang keputusan pada Selasa sehingga mendengar dan prosiding dihadiri kedua-dua belah pihak.

Mohd Amin berkahwin dengan Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata, namun anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain