suria

Ketika ramai kutuk Da'i Syed, ada juga peminat simpati dan luah rasa rindu... #StandWithDaiSyed jadi trending

Netizen nyatakan sokongan terhadap Da'i Syed di laman Twitter.

KONTROVERSI membabitkan pendakwah selebriti, Da'i Syed Shah Iqmal yang didakwa merogol dan mencabul beberapa gadis terus mendapat perhatian netizen di laman sosial.

Kali ini pengguna laman Twitter mewujudkan tanda pagar (hashtag) #StandWithDaiSyed yang dipercayai sebagai tanda sokongan terhadap selebriti itu.

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dan mengharapkan Syed diberikan keadilan sewajarnya sepanjang tempoh siasatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed jumpa Hafiz Hamidun sebelum ditahan... sempat beri nasihat, ‘contact’ peguam - “Dia tunduk dan faham”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Terima kasih banyak semua... alright thank you” - Da'i Syed mahu bersihkan nama, reman disambung 5 hari lagi

"Korang nampak Syed macam kurang didikan agama dan semua hentam dia tapi anda tahu tak, dia sentiasa buat panggilan video ibunya sambil menangis dan menyanyi. Lepas itu simpan nombor ibunya dengan nama Syurga!

"Allah bersama orang yang benar! Kuatkan diri dan abaikan orang yang kecam tanpa menggunakan akal fikiran itu. Kami sentiasa menyokong anda!

"Rindu nak tengok live Da'i Syed. Begitu hebat ujian seorang pendakwah. Semoga Da'i Syed bertabah dengan ujian ini dan semuanya cepat selesai. Kami merinduimu Da'i Syed," tulis peminat pendakwah muda itu.

Netizen cipta hashtag menyatakan sokongan kepada Da'i Syed.

Namun selain kata semangat, hasil carian juga mendapati sebenarnya lebih ramai yang menulis kecaman dan mengutuk tindakan yang disifatkan tidak bermoral jika ia benar-benar berlaku.

Malah, ada berpendapat tanda pagar itu menjadi trending bukan disebabkan sokongan peminat, sebaliknya rasa kurang senang segelintir netizen.

"Stand With Dai Syed bukan trending sebab orang ramai mempertahankan dia tetapi netizen persoalkan kenapa boleh trending pula? Hairan kan?

"Terfikir pula siapa yang wujudkan hashtag ni sebab kita hanya boleh gunakan selepas dia dibuktikan tidak bersalah!

"Apa masalah budak-budak Twitter ni ya... biarlah kes itu polis siasat sama ada betul atau tidak. Bukan main nak pertahankan! Kalau dah terbukti tak salah barulah korang puja dia balik," tulis netizen.

Da'i Syed menafikan kesemua tuduhan yang dibuat ke atasnya.

Pada 26 November lalu, Syed ditahan selepas polis menerima laporan dakwaan rogol terhadapnya.

Pendakwah yang dicungkil bakat menerusi program realiti ini direman bermula 26 November lalu dan disambung sehingga Ahad ini.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis menerima tujuh laporan polis iaitu dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cabul) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii).

Manakala satu kes lagi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut susulan tiada unsur gangguan seksual.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Da'i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25, ditahan semula pada pagi Selasa selepas tempoh reman pertama berakhir pada 1 Disember.

Suspek ditahan reman selama lima hari lagi sehingga 6 Disember bagi membantu siasatan.

Peguam yang mewakili suspek iaitu Ahmad Amzar Ahmad Azlan memberitahu pihak media, Da'i Syed menafikan kesemua tuduhan yang dibuat ke atasnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain