SELEPAS diburu kerana membuat pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Haris di laman Twitter, individu yang dicari tampil menyerah diri. Pembantu peribadi Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin berkata, dia sudah menyerahkan kes wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut. “Tiga jam selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil memberikan penjelasan, akhirnya wanita itu menghubungi saya sendiri secara peribadi menerusi media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Individu sebar fitnah Neelofa terkena minyak pengasih, sudah nikah dengan PU Riz dicari! - “Kami minta bantuan orang ramai kesan wanita ini” “Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Hal ini kerana menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya. “Kami tidak ada apa-apa kaitan, dia bukan saudara atau kawan saya cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan Haris, ” katanya. Individu dicari menghubungi Nadiah (duduk, baju putih) selepas tiga jam dia memuat naik maklumat wanita itu di laman Instagram. Menerusi laporan mStar pada Isnin, Nadiah mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan dakwaan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz. Nadiah menerusi InstaStory memuat naik foto dan meminta informasi daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan supaya tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu. Pada Sabtu lalu, sebuah akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan sedang berubat. Menerusi perbualan itu juga mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun tunangnya atas tujuan tertentu. Selain mendakwa pasangan tersebut sudah berkahwin di Kelantan. Status fitnah yang dimuat naik di Twitter. Bagaimanapun, pada malam Ahad, Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya. Manakala, mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan PU Riz, Neelofa bagaimanapun sekadar memberi bayangan seolah-olah dilanda badai. Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!