suria

Neelofa, Pu Riz muat naik nota luahan hati, beri gambaran seolah-olah sukar fahami apa berlaku - “Saya tahu Allah akan beri yang terbaik”

Neelofa muat naik status di Instastory mengundang persoalan netizen dan peminat.

SELEPAS menafikan pelbagai tuduhan dan spekulasi mengenai status hubungannya dengan tunang iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz, pengacara Neelofa kali ini memuat naik kata-kata semangat di Instastory miliknya pada Isnin.

Dalam perkongsiannya itu, Neelofa seolah-olah memberitahu dia sendiri sukar memahami situasi yang sedang berlaku namun meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT dalam menentukan perjalanan hidupnya.

"Ya Allah, kadang-kadang sukar untuk saya memahami apa yang sebenarnya mahu berlaku. Tetapi saya percayakan-Mu. Saya tahu kamu akan beri yang terbaik," tulis pada nota tersebut dalam bahasa Inggeris.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa nafi terkena buatan minyak pengasih, ‘transfer’ duit kepada PU Riz - “Keluarga kami dalam proses perbincangan cari titik penyelesaian”

Sebelum itu, PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail turut memuat naik nota ringkas seakan-akan memberi bayangan kepada isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Menerusi kata-kata hikmah yang dikongsi di Instastory itu, PU Riz meletakkan segala keputusan di tangan Allah dan yakin sesuatu isu akan dapat diselesaikan dengan berhikmah.



Perkongsian kata-kata hikmah di Instastory PU Riz dan Neelofa.

"Dan ketahuilah Allah akan menyelesaikan segalanya, dengan cara yang kita tidak pernah bayangkan," tulis pada nota ringkas itu.

Bagaimanapun, PU Riz memadam status itu selepas beberapa jam memuat naiknya.

Gara-gara muat naik itu, netizen membuat andaian pasangan ini seperti sedang berbalas status di Instastory masing-masing.



Spekulasi mengenai status hubungan PU Riz dan Neelofa terus menjadi perbualan netizen.

Lebih-lebih lagi, kedua-dua masih belum menjelaskan mengenai status hubungan mereka.

Pada Sabtu lalu, kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya pada malam Ahad.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain