suria

Individu sebar fitnah Neelofa terkena minyak pengasih, sudah nikah dengan PU Riz dicari! - “Kami minta bantuan orang ramai kesan wanita ini”

Wanita menggunakan nama Syamira dicari.

TINDAKAN seorang individu di laman Twitter yang mendakwa pengacara Neelofa terkena minyak pengasih dan sudah berkahwin dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail mengeruhkan lagi kemelut yang melanda pasangan itu.

Justeru itu, pembantu peribadi Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa nafi terkena buatan minyak pengasih, ‘transfer’ duit kepada PU Riz - “Keluarga kami dalam proses perbincangan cari titik penyelesaian”

Nadiah menerusi Instagram story pada Isnin, memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan agar tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu.

Jika sesiapa ada maklumat boleh hubungi saya menerusi mesej peribadi

NADIAH

PA NEELOFA

"Notis... kami meminta bantuan orang ramai untuk mencari dan mengesan lokasi wanita ini.

"Jika sesiapa ada maklumat boleh hubungi saya menerusi mesej peribadi" tulisnya.

Pada Sabtu lalu, sebuah akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan sedang berubat.



Individu tersebut menyebarkan fitnah terhadap Neelofa dan PU Riz.

Menerusi perbualan itu juga mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun tunangnya atas tujuan tertentu.

Selain mendakwa pasangan tersebut sudah berkahwin di Kelantan.

Bagaimanapun, pada malam Ahad, Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya.

Manakala, mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan PU Riz, Neelofa bagaimanapun sekadar memberi bayangan seolah-olah dilanda badai.

Kisah mengenai hubungan Neelofa dan Pu Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain