suria

Kecoh! Neelofa dan PU Riz dipercayai putus tunang

Hubungan Neelofa dan Pu Riz dikatakan sudah berakhir.

BENARKAH pertunangan Neelofa dan personaliti dakwah Pencetus Ummah (PU) Riz sudah berakhir?

Tapi itulah khabar angin yang menjadi perdebatan di media sosial pada malam Sabtu apabila pertunangan yang dimeterai pasangan berkenaan pada 2 November lalu dikatakan menemui titik nokhtahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz risik Neelofa? Ibu kongsi foto bersama, lahir rasa syukur - “Saat yang ku tunggu-tunggu dah pun tiba”

Malah, perkongsian adik-beradik Neelofa memuat naik doa di Instagram yang memohon dilindungi daripada perkara buruk.

If someone shows you their true colours, don’t try to repaint them (Sekiranya seseorang menunjukkan perangai sebenarnya kepada anda, jangan cuba untuk menutupnya” ujar Amira Khan.



Antara perkongsian adik-beradik Neelofa di Instagram.

Sehingga kini, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua belah pihak masih belum berhasil apabila PU Riz dan pengurusan Neelofa tidak membalas mesej.

If someone shows you their true colours, don’t try to repaint them.

AMIRA KHAN

ADIK NEELOFA

Sementara itu, menerusi tinjauan mStar, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sudah memadam foto-foto PU Riz ketika majlis merisik yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Gambar kenangan Neelofa dan PU Riz bersama imbu masing-masing.

Malah, Noor Kartini juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram PU Riz.

Sebelum ini, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Rizzatau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, mengejutkan ramai pihak apabila mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain