suria

Aksi mesra didukung kekasih dikritik, Janna Nick sindir netizen suka komen negatif - “Setakat kecam dekat sosial media ni apalah sangat”

Difahamkan kapsyen yang ditulis Janna di Instagram miliknya itu untuk netizen yang kecam aksi mesra dengan Dini.

SEKALI lagi nama Janna Nick menjadi perhatian di laman sosial disebabkan perkongsion video TikTok yang memperlihatkan aksi aktres itu didukung oleh teman lelakinya yang juga pelakon Dini Azan Schatzmann.

Perkongsian video tersebut di laman Instagram miliknya baru-baru ini mengundang kecaman dan teguran daripada netizen yang menganggap aksi mesra itu keterlaluan dan kurang sopan.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick bertikam lidah dengan netizen gara-gara kepentingan penapisan filem - “Oi beruk, filem Malaysia ada ja yang power walaupun bajet rendah”

Enggan berdiam diri, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkongsi foto dirinya dengan kapsyen mengatakan dia sudah lali dengan kecaman di laman sosial.



Janna membalas salah satu komen daripada netizen.

"Lu ingat gua kisah ke lu kecam kecam gua... setakat kecam dekat sosial media ni apalah sangat. Banyak lagi dugaan lagi teruk daripada kena kecam dengan 'jin masuth'. Janna 1: Netizen 0," tulis Janna.

Kapsyen yang ditulis Janna itu juga membuatkan segelintir netizen berasa kurang senang dan menganggap aktres tersebut tidak kisah dikecam kerana berasakan dirinya kini sudah berada di puncak kejayaan.

Dalam pada itu, Janna menjelaskan dia menulis kapsyen seperti itu bukan disebabkan mahu berlagak namun baginya ada perbezaan antara kecam dan nasihat.

Kapsyen aku untuk netizen yang tak cukup gembira lepas itu negatif tak tentu fasal.

JANNA NICK

PELAKON

"Macam ini... kau tegur elok-elok, lepas itu tak payah paksa orang terima pendapat kau. Bukan masalah siapa atas siapa bawah. Nak berlagak apanya kita ini manusia biasa.

"Sama-sama buat salah... sama-sama ada dosa. Kapsyen aku untuk netizen yang tak cukup gembira lepas itu negatif tak tentu fasal. Istilah kecam ini bukan untuk orang yang tegur elok-elok. Kalau yang tegur elok kita panggil nasihat," katanya.

Sebelum ini, pelakon drama bersiri Misteri Mona ini bertikam lidah dengan netizen di laman Twitter gara-gara memberi pendapat mengenai kepentingan penapisan filem.



Janna bersama teman lelakinya, Dini.

Perbalahan tersebut tercetus selepas pelakon berusia 26 tahun itu menyalahkan filem The Purge sebagai punca serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol.

Namun, segelintir pengguna Twitter yang tidak senang dengan pendapat itu menganggap garis panduan yang ditetapkan kerajaan menjadi punca Filem Malaysia tidak berkembang.

Pertikaman lidah berlanjutan selepas Janna membalas beberapa komen netizen dengan bahasa yang mencetuskan provokasi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain