suria

[VIDEO] “Alhamdulillah makin gemuk, makin berisi” - Da’i Syed dah bersedia nak berdepan dakwaan di mahkamah

SEBUTAN semula kes pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta Oktober lalu yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat ditangguhkan kepada 19 Mac depan.

Peguam Syed Shah Iqmal atau Da'i Syed, Syed Amirul Syed Edrose berkata proses sebutan semula kes tidak dapat berlangsung berikutan kertas siasatan tidak dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya.

"Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes dan sepatutnya untuk serahan dokumen. Namun difahamkan fail kertas siasatan tidak dibawa ke mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali aktif di IG, Da’i Syed kongsi luahan hati ditulis dalam lokap - “Yang benar ditutup, yang palsu diangkat... perjalanan masih belum tamat”

"Saya juga difahamkan fail itu masih berada di pejabat Pengarah Pendakwaan Selangor di Shah Alam.

"Oleh itu tidak boleh dibuat serahan dokumen, jadi mahkamah tangguhkan kes kepada 19 Mac untuk kedua-dua mahkamah," katanya kepada mStar.



Peguam Da'i Syed iaitu Syed Amirul Syed Edrose ketika ditemui media. Turut kelihatan pengurusnya, Aizat Jaafar (baju putih).

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal, 26, mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan atas pertuduhan melakukan seks oral, mencabul dan merogol dua wanita pada September dan Oktober dua tahun lalu.

Di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020 dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pendakwah tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Of course saya bersiap sedia untuk dibicarakan... Insyaallah.

DA’I SYED

PENDAKWAH / PENYANYI

Mengulas lanjut mengenai pendakwaan, Syed Amirul berkata anak guamnya akan dibicarakan di satu mahkamah sahaja jika proses serahan dokumen selesai.

"Pertuduhan di Mahkamah Majistret 1 masih belum dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 1.

"Namun saya faham pada tarikh seterusnya, sekiranya fail kertas siasatan dibawa maka pindahan akan dibuat pada hari yang sama.

"Ia menjadikan kedua-dua pertuduhan dibicarakan di Mahkamah Sesyen 1 sahaja," katanya.

Sementara itu Syed Shah Iqmal yang hadir ke mahkamah memakai sut berwarna kelabu ditemani pengurus Aizat Jaafar berkata dia sudah bersedia untuk berdepan perbicaraan.

"Saya sihat, Alhamdulillah semua baik dalam keadaan yang elok.

"Of course saya bersiap sedia untuk dibicarakan... Insyaallah.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan, yang support saya. Saya OK, Alhamdulillah makin gemuk, makin berisi," ujarnya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain