suria

Caprice pula tegur Janna Nick, harap sedar diri - “Kita kena hormat peminat orang lain juga, lain orang lain taste”

Caprice berpesan kepada Janna Nick agar sentiasa meghormati peminat artis lain.

KONTROVERSI membabitkan isu 'Lisa Blackpig' yang dikaitkan dengan pelakon Janna Nick turut menarik perhatian penyanyi rap Caprice.

Menurut Caprice, situasi yang berlaku sejak hujung minggu lalu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia khususnya dalam kalangan peminat selebriti Korea.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara ‘Lisa Blackpig’ akaun Instagram, Twitter Janna Nick gagal diakses! Peminat Kpop bersatu hati buat gerakan ‘report’

"Peminat Kpop sangat hardcore (fanatik), blog cepat pick up pelbagai perkara membabitkan artis kegemaran mereka.



Seperti biasa Caprice tak ketinggalan memberi komen tentang dunia hiburan tempatan.

"Apabila perkara ini viral, ia boleh mencemarkan imej Malaysia dan orang Malaysia," katanya.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, turut berpesan supaya menghormati hak dan minat orang lain.

Kita kena hormat peminat orang lain juga, lain orang lain taste babe!

CAPRICE

PENYANYI RAP

Ujarnya, sebagai selebriti Janna seharusnya lebih sensitif kerana kerjaya dalam bidang seni memerlukan sokongan peminat.

"Sebagai artis, kita kena sedar yang kita pun ada peminat, sama macam artis Kpop... mereka ada peminat.

"Tanpa peminat siapalah kita.



Komen Janna yang membangkitkan kemarahan ramai.

"Kita kena hormat peminat orang lain juga, lain orang lain taste babe!" katanya.

Janna menjadi sasaran netizen hingga namanya menjadi trending di Twitter serta wujud tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty.

Ia berikutan aktres itu didakwa mempersendakan bintang Kpop, Lisa daripada kumpulan Blackpink apabila salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig.

Selain itu, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jonghyun yang meninggal dunia pada 2017 kembali diperkatakan apabila ia dikongsikan semula peminat Kpop.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain