suria

Ibu Hannah Delisha beri bayangan wujud kisah tersembunyi dengan menantu - “Sang ibu tidak benci sang anak, tetapi tidak reda cara sang suami pada anaknya”

Noor Ashikin berkongsi warkah terakhir #IbuTakRestu beri bayangan tentang pernikahan Hannah dan Imam.

MASIH berterusan dengan kiasan di media sosial, ibu Hannah Delisha kini memberi bayangan terbaharu mengenai konflik yang mungkin berlaku antara mereka.

Menerusi nukilan yang dikatakan sebagai epilog atau drama terakhir, Noor Ashikin Ahmad kini dilihat seolah-olah memberi isyarat bahawa 'sang ibu' dalam kisah yang cuba disampaikan tidak membenci anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bosan dengan puisi berkias, netizen minta ibu Hannah Delisha henti buka aib keluarga - “Kesian sebelum ini nama dia elok saja”

Sebaliknya Noor Ashikin memberi petunjuk seperti wujud masalah antara dia dan pasangan pilihan anaknya itu sejak sekian lama.



Ibu Hannah memuat naik warkah terakhir.

"Beliau tidak merestui perhubungan sang anak dan pasangannya sejak mereka belum bernikah lagi kerana kejadian ‘Al-Kisah yang membelenggu’ yang terjadi di antara sang ibu dan pasangan sang anak.

"Sang ibu sudah tidak restu daripada awal lagi perhubungan mereka kerana apa yang terjadi," tulisnya tanpa menjelaskan dengan terpeinci tentang kisah berkenaan.

Pada 18 Februari lalu Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, mengejutkan ramai dengan berita perkahwinannya dengan aktor Singapura, Imam Shah, 32, menerusi perkongsian foto di Instagram.

Sang ibu serta keluarganya hanya tahu tentang berita pernikahan sang anak sewaktu yang sama dengan anda.

NOOR ASHIKIN AHMAD

IBU HANNAH DELISHA

Namun kontroversi mula menghimpit penyanyi ini selepas ibu kandungnya sendiri tampil memberi bayangan bahawa perkahwinan itu tidak direstui.

Selepas itu timbul pula dakwaan kononnya dia menyembunyikan perkahwinan yang dikatakan sudah pun berlangsung pada

Februari 2020, setahun lebih awal daripada tarikh pasangan itu berkongsi foto majlis pernikahan bertarikh 18 Februari 2021.

Bukan itu sahaja, ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati turut mendakwa menantunya itu berdepan masalah dengan ibu kandungnya sejak sekian lama.



Hannah dan Imam dikatakan sudah berkahwin pada Februari tahun lalu.

Sementara itu menerusi nukilan terakhirnya juga Noor Ashikin dilihat cuba meluahkan perasaan selepas mendapat berita mengenai perkahwinan anaknya.

"Sang ibu serta keluarganya hanya tahu tentang berita pernikahan sang anak sewaktu yang sama dengan anda.

"Sang ibu tidak membenci sang anak, tetapi tidak reda dan restu dengan cara, etika dan norma perkara ini dikendalikan oleh sang suami pada anaknya serta cara pihak yang sewaktu dengannya, mengendalikan perkara ini.

"Pasti sang suami mempunyai seorang 'ibu'. Bagaimana rasanya jika ini terjadi pada diri ibu sang suami dan keluarganya?" demikian luah Noor Ashikin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain