SUSULAN kontroversi majlis pernikahan pasangan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan Pencetus Ummah (PU) Riz yang dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), pihak pengurus acara iaitu Reka Teemor tampil memberi keterangan kepada polis pada Selasa. Pengasas Reka Teemor iaitu Faiz Sabari dan isteri Rozana Mumtaz yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi memberitahu mereka memberi kerjasama penuh dalam siasatan berkenaan. "Keterangan semua okay. Tiada apa nak cakap," katanya ringkas. ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Neelofa dipanggil jumpa polis esok, bantu siasatan majlis nikah tak patuh SOP Menurut laporan Berita Harian, pasangan ini yang diberikan tanggungjawab mengurus majlis perkahwinan selebriti terkenal itu tiba di IPD Dang Wangi pada pukul 11.40 pagi dan dilihat keluar dua jam kemudian kira-kira pukul 1.40 petang. Pembantu Neelofa, Nadia Khairuddin (kanan) dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi selepas selesai memberi keterangan kepada polis. -Foto: AZMAN GHANI Pada Sabtu, Neelofa, 32, sah menjadi isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail, 26, di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri seramai lebih kurang 150 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti. Sementara itu, pembantu peribadi Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin yang ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi tersebut. Nadiah dipercayai ditemani peguam dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi pada pukul 2 petang tanpa menghiraukan pihak media. Antara gambar yang mencetuskan pertikaian semasa majlis pernikahan Neelofa dan Haris. Pada malam Isnin, Neelofa dan PU Riz sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila tular beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Langkawi, Kedah. Menerusi gambar tersebar, Neelofa dan suaminya dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan itu. Sebelum itu, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata selain anggota keluarga Neelofa, penganjur acara majlis pernikahan itu juga dijangka memberi keterangan bersama pada Selasa. Majlis pernikahan Neelofa dikatakan tidak mengikut SOP selepas tersebar beberapa keping gambar menunjukkan tiada penjarakan fizikal dalam kalangan tetamu yang hadir. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN NEELOFA & PU RIZ!