suria

MK K-Clique berang lagi! Bekas PA ‘buat main’ isu songlap duit, siap menyelit tumpang iklan kedai bundle

MK hilang sabar dengan sikap bekas pembantu yang anggap isu larikan wang hanya salah faham.

ISU membabitkan anggota kumpulan K-Clique iaitu MK dengan bekas pembantu peribadinya (PA) yang didakwa melarikan wang selepas menerima tawaran kerja secara pintu belakang masih belum berakhir.

Kali ini MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan meluahkan rasa bengang apabila individu berkenaan menulis komen di Facebook seakan-akan mengambarkan tindakan yang dilakukan itu tidak salah.

Tampil menjawab komen lelaki berkenaan, MK, 25, berkata permohonan maaf yang dimuat naik sebelum ini bukan ditujukan kepada bekas pembantunya, sebaliknya untuk mereka yang pernah menjadi mangsa penipuan.

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique dituduh larikan duit? Bekas PA licik ambil ‘job’ belakang... guna taktik jual nama perdaya mangsa

"Manusia jenis apa kamu ni? Aku post minta maaf untuk orang yang terkesan dengan perbuatan kau ni. Orang yang kena maki hamun oleh perbuatan kau, bukan salah faham atau minta maaf dengan kau.

"Sekarang di Facebook kau pusing benda ni salah faham dan aku minta maaf dengan kau? Manusia jenis apa kau ni? Gila la. Sabar, nanti aku post semua benda," tulisnya di Instagram pada Selasa.

MK bengang dengan sikap bekas PA dan tunjuk paparan mesej yang dihantar individu berkenaan.

Bersama kapsyen tersebut, MK turut memuat naik paparan skrin komen yang ditulis individu berkenaan di akaun Facebook milik sebuah portal hiburan.

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama Mohd Hazeeq memberitahu isu membabitkannya dengan penyanyi lagu Pulang itu sudah selesai dan hanyalah salah faham.

Aku tutup benda supaya keluarga atau orang terdekat kau tak malu. Aku jaga aib kau. Kau jaga aib aku. Jangan buat main benda ni!

MK K-CLIQUE

PENYANYI

Malah, dalam komen tersebut individu berkenaan turut mempromosikan Facebook page miliknya yang menjual pakaian terpakai (bundle).

Pada Ahad lalu, MK meluahkan rasa kesal dengan perlakuan bekas pembantu peribadinya itu didakwa melarikan wang selepas menerima tawaran kerja tanpa pengetahuannya.

MK muat naik paparan skrin komen yang ditulis lelaki di Instastory miliknya.

Memperbetulkan keadaan, MK tampil memohon maaf di atas perlakuan individu tersebut dan meninggalkan satu nombor telefon bagi memudahkan mangsa yang terlibat berhubung bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Bagaimanapun selepas beberapa jam, MK dilihat memadam posting berkenaan dan menggantikan dengan sebuah lagi entri terbaharu beserta kapsyen bertulis, 'Assalamualaikum, Alhamdulillah’.

Sementara itu, MK memberitahu pada awalnya dia enggan membesar-besarkan isu ini kerana mahu menjaga aib keluarga lelaki berkenaan.

"Aku tutup benda ni supaya keluarga atau orang terdekat kau tak malu. Aku jaga aib kau. Kau jaga aib aku. Jangan buat main benda ni.

"Cukup sampai sinilah. Di Facebook kau boleh putar. Kau boleh bermain... kau boleh promote kedai bundle kau. Jangan kojek (nama panggilan lelaki tersebut)," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain