suria

Polis tunggu Neelofa dan PU Riz balik ‘honeymoon’… siasat dakwaan bercuti di Langkawi

Polis akan menyiasat dakwaan pasangan ini berbulan madu di sebuah pulau peranginan.

BELUM reda isu majlis pernikahan pasangan selebriti Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP), kali ini polis akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan mereka sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, siasatan dijalankan mengikut laporan media berdasarkan gambar yang tersebar.

"Ya, polis akan siasat tentang perkara itu," katanya menerusi WhatsApp kepada mStar pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Neelofa dipanggil jumpa polis esok, bantu siasatan majlis nikah tak patuh SOP

Sejak Isnin, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya, Haris Ismail, 26, sekali lagi menjadi bualan ramai apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi tular di media sosial.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, Neelofa dan suaminya dilihat berada di lapangan terbang dalam penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan itu.



Foto tular di laman sosial sejak malam Ahad.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan perlaksaan Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik bermula 10 Mac.

Bagaimanapun pergerakan pelancongan hanya dibenarkan dari sebuah negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP yang lain.

Sementara itu menerusi mesej yang sama kepada mStar, Mohamad Zainal berkata pihaknya akan memanggil Riz dan Neelofa bagi memberi keterangan dalam masa terdekat.



Pengurus acara dan pembantu peribadi sudah beri keterangan kepada polis.

"Ya, keterangan daripada mereka tetap akan diambil," katanya.

Pada pagi Selasa polis selesai mengambil keterangan daripada pembantu peribadi Neelofa iaitu Nadia Khairuddin berhubung pelanggaran SOP ketika majlis pernikahannya.

Pengasas Reka Teemor iaitu Faiz Sabari dan isteri, Rozana Mumtaz yang juga pengurus acara majlis berkenaan turut disoal siasat selama dua jam.

Pada Sabtu lalu, Neelofa, 32, sah menjadi isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail, 26, di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri seramai lebih kurang 150 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN NEELOFA & PU RIZ!

Artikel Lain