suria

Bekas suami Nadia Brian mahu segera bercerai, tak sempat tunggu mahkamah - “Kami dapat move on dengan kehidupan”

Muizz berharap tiada pihak mengaitkan dia dengan bekas isteri, Nadia.

BEKAS suami kepada Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin mengakui dia memfailkan perceraian terhadap aktres tersebut pada Oktober tahun lalu dan mereka akhirnya berpisah secara sah pada Jumaat lalu.

Mahu memulakan kehidupan baharu tanpa berlengah, Muizz mengambil keputusan untuk melafazkan cerai di hadapan saksi daripada dua belah pihak di kawasan perumahan Puchong.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian, Muizz sah cerai talak satu - “Lafaz luar mahkamah seperti diminta bekas suami”

"Saya failkan perceraian pada Oktober tahun lalu. Namun kerana mahkamah mengambil masa untuk menetapkan tarikh perbicaraan, saya buatkan keputusan untuk melafazkan cerai di luar mahkamah.

Muizz memuat naik status memberi bayangan mengenai status dirinya.

"Dengan cara ini kami dapat move on dengan kehidupan. Lafaz cerai itu dilakukan pada malam, Jumaat lalu di kawasan perumahan Puchong. Turut hadir saksi daripada dua pihak," kata Muiz ketika dihubungi mStar.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi mengesahkan dia dan bekas suaminya itu sah bercerai talak satu pada Jumaat lalu.

Kata pelakon berusia 31 tahun ini, perceraian tersebut dilakukan di luar mahkamah seperti yang diminta oleh Muizz yang berusia 30 tahun.

Saya doakan yang terbaik buat Nadia dan semoga dia dapat kebahagiaan yang dicarinya.

MUIZZ NASRUDDIN

BEKAS SUAMI NADIA BRIAN

Sebelum ini, Muizz turut memuat naik status di Instagram seakan-akan memberi bayangan mengenai status rumah tangga mereka dengan mengatakan dia ingin memulakan kehidupan baharu.

Dalam pada itu, Muizz berharap dia tidak dikaitkan lagi dengan Nadia selepas ini dan akan sentiasa mendoakan agar bekas isterinya menemui kebahagiaan yang dicari.

"Saya harap kepada semua supaya jangan kaitkan saya bersama dia lagi. Saya doakan yang terbaik buat Nadia dan semoga dia dapat kebahagiaan yang dicarinya," ujarnya.

Nadia dan Muizz bercerai talak satu pada Jumaat.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan sejak Oktober lalu dan lebih mencetuskan tanda tanya apabila Muizz mendakwa Nadia berlaku curang terhadapnya.

Bagaimanapun pelakon drama Titian Takdir itu menafikan semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini malah menyifatkan ia sebagai fitnah semata-mata.

Nadia mendirikan rumah tangga dengan Muizz pada 9 November 2019 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain