suria

Sandal ‘Muslim Friendly’ bukan dianggap menunggang agama, menyalahi syariat - Ustazah Asma Harun

Ustazah Asma Harun melihat isu Muslim Friendly itu tidak patut diperbesar-besarkan.

PENDAKWAH bebas, Ustazah Asma Harun berpendapat kontroversi sebuah jenama sandal menggunakan perkataan Muslim Friendly atau 'mesra muslim' bagi mempromosikan produk hanya bersifat salah faham.

Bagaimanapun menurut Asma, ia mungkin bergantung kepada kefahaman seseorang itu dalam isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah Asma Harun sekali lagi ‘sound’ penggiat seni, minta henti program maksiat - “Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati”

"Bagi saya ia bergantung pada perspektif masing-masing. Saya mungkin terbuka dalam isu ini dan saya nampak ia biasa.

"Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.

Terma 'Muslim Friendly' mengundang kebimbangan ramai.

"Pada saya, maksud disampaikan ialah selipar itu lebih kepada 'muslimah friendly' khusus bagi wanita yang memakai stokin," katanya.

Beliau berkata demikian seperti yang dilaporkan Sinar Harian selepas majlis pelancaran Semarak Ramadan @ Anjung Bonda Nor di Bandar Prima Senawang, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Sebelum ini, netizen mempertikaikan penggunaan Muslim Friendly yang digunakan sebuah jenama selipar yang berkolaborasi dengan aplikasi Islamik dibangunkan oleh selebriti popular, Neelofa iaitu The Noor.

Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.

USTAZAH ASMA HARUN

PENDAKWAH BEBAS

Menurut netizen, tindakan itu dilihat sebagai menunggang agama bagi tujuan meraih keuntungan.

Sementara itu, Asma turut menegur golongan selebriti supaya menjadi lebih bertanggungjawab dengan segala perkongsian yang dibuat mereka menerusi media sosial masing-masing.

"Allah bagi pengaruh kepada masyarakat sama ada artis, instafamous, influencer atau mereka yang ada dalam bidang perniagaan. Tolong bertanggungjawab ke atas setiap yang kita kongsi di media sosial.



Asma turut menegur golongan selebriti agar lebih bertanggungjawab.

"Apabila kita buat sesuatu dan mendapati positif lebih banyak daripada negatif, teruskan. Tapi apabila kita tengok ia 50-50, mula muhasabah diri dan betulkan semua niat kita.

"Walaupun kita kata itu hak peribadi, tapi kalau betul hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi," ujarnya.

Sebelum ini, isu beberapa selebriti mengundang kemarahan ramai apabila berkongsi aktiviti rentas negeri secara terbuka tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain