suria

Neelofa dan PU Riz bersalah! Keluarga turut dikompaun keseluruhan RM60,000 langgar SOP

Selain Neelofa dan PU Riz, 20 ahli keluarga mereka turut dikenakan kompaun.

GENAP sebulan selepas Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti ini dan keluarga mereka akhirnya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pasangan itu dan keluarga mereka didapati bersalah kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tambah Mohamad Zainal, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dikompaun atas dua kesalahan iatu kegagalan mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekitar majlis pernikahan Neelofa & PU Riz, indahnya taman bunga serba putih...

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa mahu selesai isu dakwaan langgar SOP tanpa tekanan - “Berikan saya ruang secara tertutup dan profesional”

"Neelofa dikompaun sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan iaitu gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Neelofa berkongsi aktiviti riadah ketika berada di Langkawi baru-baru ini.

"Selain itu dia juga telah melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai... tiada diskaun dibenarkan bagi kedua-dua kompaun," katanya kepada mStar menerusi kenyataan pada Selasa.

Sementara itu Riz atau Muhammad Haris Ismail, 26, turut dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ke Pulau Langkawi.

Riz juga tidak dibenar untuk mendapatkan diskaun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu seramai 20 orang ahli keluarga Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.00 seorang yang berjumlah RM30,000.00 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

"Kompaun dikenakan mengikut Peraturan 19 PeraturanPeraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat).

Gambar yang mencetuskan pertikaian netizen ketika majlis akad nikah berlangsung.

"Justeru PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Kegagalan mematuhi Perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa," kata Mohamad Zainal.

Neelofa Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Sehari selepas itu mereka terbang ke Langkawi dengan alasan menghadiri pembukaan beberapa cawangan francais minuman di zon utara.

Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai Polis Sri Hartamas menyatakan mereka dibenarkan berada di lokasi berkenaan bermula 27 Mac hingga 4 April.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain