MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tampil menafikan dakwaan kononnya dia sudah berkahwin dengan penyanyi Datuk Nora Ariffin seperti didakwa seorang pengguna Twitter pada malam Rabu. Tenang berdepan gosip liar tersebut, Annuar berkata sebagai orang politik dia sering berdepan dengan pelbagai fitnah dan serangan peribadi. "MasyaAllah... saya beristighfar sahaja, sebagai orang politik tak apalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit tapi kalau melibatkan orang lain kena jaga nama baik keluarga mereka. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masih sendiri” - Nora Ariffin nafi dakwaan kahwin senyap-senyap dengan menteri "Orang yang disebut itu setahu saya daripada keluarga cukup terhormat, saya kenal sepenuhnya latar belakang mereka dan sebagainya. "Kalau nak buat fitnah, fitnah saya seorang sudahlah... jangan kaitkan orang lain, orang itu ada keluarga," katanya. Nora beri penjelasan mengenai gosip ini di Instagram. Menerusi laporan mStar pada Khamis, Nora atau nama sebenar Wan Norafizah Wan Ariffin, 48, menafikan khabar angin tersebut dan mengakui dia masih solo. Kontroversi tercetus apabila seorang pengguna Twitter mengucapkan tahniah dengan mendakwa penyanyi lagu Desa Tercinta ini sudah bernikah dengan Annuar. Fitnah itu kesannya lagi dahsyat daripada membunuh, tapi orang kita tak takut, fitnah dah jadi kerja harian! ANNUAR MUSA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN Dalam pada itu, Annuar menyeru individu yang menyebarkan fitnah tersebut segera bertaubat dan memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadan ini. "Saya doakan mudah-mudahan semua orang ambil iktibar bulan Ramadan ini... kurangkan la perkara mungkar, tambah kebajikan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya pun tak nak marah-marah... elok sabar sajalah! Saya tahu malam tadi, tak sedap hati juga la. "Fitnah itu kesannya lagi dahsyat daripada membunuh, tapi orang kita tak takut, fitnah dah jadi kerja harian. Kita doa semoga mereka terbuka pintu hati. Saya okay saja," ujarnya. Gosip tercetus selepas seorang pengguna Twitter muat naik ucapan tahniah untuk Annuar dan Nora. Sementara itu, Nora menerusi laman Instagram miliknya berkata dia tidak terfikir mendirikan rumah tangga dengan orang kenamaan sebagai jalan pintas untuk hidup mewah. "Dari empat tahun lalu, hingga ke hari ni hidup saya tetap sama saja, tetap meneruskan perjuangan demi masa depan anak-anak. Kerja siang malam, kehulu-kehilir cari rezeki untuk menyara keluarga, bukan mencari umpan besar. "Saya tidak terfikir sama sekali untuk hidup mewah dengan jalan pintas. Saya akui bila kena urus diri sendiri, memang saya terpaksa berurusan dan bertemu dengan ramai orang serta semua golongan. "Apa pun jodoh, rezeki dan ajal di tangan Allah. Andai kata direzekikan Allah SWT, saya akan maklumkan. Bina masjid adalah benda yang baik. Berkahwin adalah sunnah dan ibadah juga. Sama-sama doakan yang baik- baik," tulisnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!