TINDAKAN seorang guru lelaki di Selangor yang didakwa membuat lawak tentang rogol ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas turut mendapat perhatian pelakon veteran, Fatimah Abu Bakar. Ibu kepada selebriti Sharifah Aleya dan Sharifah Amani itu meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menjadikan perbuatan rogol sebagai bahan jenaka. ARTIKEL BERKAITAN: “Lebih baik beremosi... rogol bukan bahan jenaka!” - Adibah Noor persoal sikap masyarakat ambil mudah isu sensitif Pelakon berusia 66 tahun ini juga menganggap lelaki yang mempersendakan jenayah rogol hanya mempamerkan kebodohan diri sendiri. Jangan! Jangan sesekali bergurau tentang rogol. Tak lucu! FATIMAH ABU BAKAR PELAKON "Dengar sini. Anda jangan menjadikan rogol sebagai bahan lawak. Jangan... faham? Jangan! Jangan sesekali bergurau tentang rogol. Tak lucu! [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Langsung tak. Faham? Memang tak. Tak ada kena mengena dengan nak jadi macho hero. Bodoh adalah. Dayus!" kata Fatimah. Fatimah yang juga seorang guru lakonan ini berkongsi pendapatnya mengenai isu tersebut menerusi Twitter miliknya dan rata-rata netizen turut memuat naik semula status tersebut. Menerusi laporan mStar pada Isnin, penyanyi dan pelakon Adibah Noor turut tidak terkecuali tampil menyatakan rasa marah dan menegaskan bahawa isu jenayah rogol tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka. Fatimah kongsi perkara itu di Twitter. Sebelum ini, seorang pelajar perempuan mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika dalam kelas sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial. Pelajar berusia 17 tahun itu membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah video di TikTok, yang kemudiannya diciap di Twitter. Menurut pelajar tersebut, kata-kata yang tidak menyenangkan itu dibuat ketika membincangkan tentang gangguan seksual semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya yang terletak di daerah Kuala Selangor. Malah, selepas membuat laporan polis di Saujana Utama pada Sabtu lalu berhubung tindakan guru lelaki berkenaan, pelajar tersebut mendedahkan dia kemudian menerima ugutan rogol dari rakan sekelasnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!